Saturday, November 23, 2013

Konsert Gig Green Zone Anjuran Pemuda PAS

HALAMAN HIBURAN 
 
SHAH ALAM: PAS menjelaskan konsert Gig Green Zone yang diadakan di Stadium Malawati malam tadi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan PAS berhubung program-program hiburan.

Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.

Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'.

"PAS bukan baru sekali menganjurkan konsert melibatkan artis-artis namun pertama kali diadakan menjelang muktamar dan mungkin ada yang terkejut dengan perkara 'baru' sebegini," kata beliau pada sidang media di Stadium Malawati petang tadi.

Terdahulu, seorang perwakilan dari Kedah membangkitkan perkara tersebut sewaktu pembentangan laporan di Muktamar PAS Ke-59 hari ini.

Beliau mendakwa konsert malam tadi yang menampilkan kumpulan heavy metal Heart Attack tidak menepati budaya PAS.

Penyelaras Program Karnival PAS For All, Mohd Farhan Mazlan bagaimanapun menjelaskan kumpulan tersebut ditampilkan bersama artis yang sudah berhijrah, Sham Kamikaze dan Ustaz Nazmi Karim.

Program tersebut turut dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan tazkirah berhubung adab berhibur.

Bekas Ketua Pemuda PAS yang sekarang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut memukul drum sebagai simbolik kepada persembahan.

"Program malam tadi bukan sahaja melibatkan konsert malah turut disertakan dengan alunan selawat. Jadi tidak timbul isu konsert malam tadi tidak sesuai dengan budaya PAS.

"Untuk menarik anak muda, kita perlu berani melakukan pembaharuan selagi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan," katanya.(hRKH)

1 comment:

Anonymous said...

Heheheh.rilex ar ustz!!enta geng nasyid kot.jgn lupa nasyid skrg pun dasat oooo.peralatan lbh bnyk dr band heavy metal.seruling pun ader.kih kih.bentangkan lah fiqh dakwah pd bebudak band neh.d.bakar cik pun beat baik punya.cuma aku risau kat geng2 yg kata metallica haram.tp tang hindustan ok lak.psl dia minat.kah kah kah.bgtulah sblknya.hrmmm.panduan ader.carilah kebaikkan drnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails