Thursday, November 14, 2013

Filem Cabul Seks Ini, Diluluskan Penapis Filem?



Antara aksi Wan Hanafi Su dan Marsha dalam Laga

HALAMAN HIBURAN

KL: Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su yang ditonjolkan dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob merupakan adegan penting yang mampu menyokong jalan cerita filem tersebut. Lapor mStar hari ini.

Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.

"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita.
"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya pada sidang media pelancaran lagu tema filem Laga di Menara Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas tentang treler filem Laga yang ada memaparkan aksi panas antara pelakon Marsha dan Wan Hanafi Su. Adegan tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim. Tambah Ismail, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.

"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.
"Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya.

Walau apa pun alasan, filem seperti adengan di atas telah diluluskan dan bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014. Jadi LPF terlibat dalam kerjasama meluluskan filem cabul,  lucah, seks dan tidak senonoh seperti yang dilaporkan di atas. Di mana nilai kayu ukur LPF dalam menentukan seks, lucah atau cabul? Adakh LPF menilai menurut Al-Quran dan hadis? (IH)

Video: Trailer Filem LAGA (HYPER ACT - KAYANGAN)

6 comments:

Anonymous said...

tetap juga unsur yang menyumbang ke arah maksiat.manusia yang tengok berbagai perasaan hanya manusia yang tak de perasaan aja yang tak rasa satu gangguan bila tengok .aksi macam ni tak payah tunjuk la kat orang.kalau pandai buat filem tanpa aksi jahat maksiat pun akan tetap laku.aksi lakibini tak perlu tunjuk la semua orang pun tahu.macam macam aksi duk ada.

tutup segala pintu maksiat itu ajaran Islam.

mohd azrul said...

ini hasil tarbiah umno bn dimana filem ini tiada moral

Anonymous said...

betoi.. tutup segala pintu maksiat itu ajaran Islam.

Unknown said...

Mane ulamak2 tak bersuara pon???

Anonymous said...

Nak suara cmana kak.bes tgok sampai x bley kuar suara.jenis ulamak jahat laa.siap sokong lagi.kekadang lbih umbongok dr umngok seniri.

Anonymous said...

Kalo mintak blakon ngn ank pempuan dia wat adegan tuh then dia seniri shoot scene tuh.agaknya dia suka tak.utk pengajaran sebaliknya x per kan.kih kih kih.dasar otak selut.neh laa kalo dok beragama melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails