Saturday, October 26, 2013

Beginilah Pakaian Ratu Skuasy Negara Islam Malaysia (?).


SUKAN 

Nicol, Wee Wern mara ke suku akhir Terbuka China
 memulakan cabaran Terbuka China 2013 dengan langkah kanan apabila mengalahkan pemain tuan rumah Li Donglin untuk mara ke peringkat suku akhir.

Pada perlawanan pusingan pertama hari ini, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain China itu dengan keputusan 11-6, 11-4 dan 11-2. Pada peringkat suku akhir esok, Nicol akan berdepan dengan pemain daripada pusingan kelayakan, Dipika Pallikal dari India yang sebelum itu melakukan kejutan besar dengan mengalahkan pemain pilihan ketujuh Madeline Perry.
Dipika menyingkirkan pemain Ireland itu dengan keputusan 11-8, 11-7 dan 11-4.

Sementara itu, pemain nombor dua negara yang juga juara bertahan Low Wee Wern terpaksa bertarung dalam lima set sebelum menempah slot suku akhir dengan menundukkan pemain Australia, Rachel Grinham dengan 11-4, 7-11, 11-9, 7-11 dan 11-5.

Bagaimanapun, Wee Wern, yang juga pemain ranking ketujuh dunia, bakal menghadapi laluan berliku pada saingan seterusnya apabila berdepan dengan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily. Pemain Mesir berusia 24 tahun itu mara ke suku akhir selepas menjinakkan pemain pusingan kelayakan, Donna Urquhart dari Australia dengan keputusan 8-11, 11-4, 11-9 dan 11-9.

Semua pemenang pusingan pertama mara ke suku akhir. - Bernama, 25 Oktober, 2013.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Beginilah pakaian Ratu skuasy negara Islam Malaysia (?), Datuk Nicol David (gambar di atas). Tidak kira apa agamanya, namun ia mewakili negara umat Islam Malaysia.  Tidak cukupkah bijak-bijak pandai Malaysia yang mamapu  mencipta pakaian sopan sesuai dengan Islam sebagai agama Persekutuan negara ini?

14 comments:

Anonymous said...

Dia kan bukan penganut Islam. Jgnlah benda2 yang sensitive dan perkara2 tidak diharamkan oleh ugama mereka dijadikan issue. Hanya membuat masyarakat bukan Islam terasa mereka terkongkong sedangkan ugama mereka membenarkan. Banyak lagi kalau nak menegur pd penganut2 Islam yg berpakaian sama atau lebih teruk dari ini terutama celeb2 dimalaysia ni. Kita nak membetulkan yg bukan Islam tetapi yg berugama Islam lebih teruk lagi tanpa siapa berani menegur, seolah2 mereka semua halal berpakaian mendedahkan dan terselak sana sini hingga menampakan benda2 yg tak sepatutnya.

Anonymous said...

Kena pakau jubah ker?

Ali Ramli said...

2 Anon di atas macam dari orang yang sama.

Nak jaga hati bukan Islam dengan menginjak hati dan maruah umat Islam. Sedangkan semua agama menolak pakaian yang tidak bermora.

Malaysia beri kebabasan kepada rakyat Malaysia, tetapi melarang memijak bendera Malaysia. Mengapa?

Malaysia melarang bukan Islam guna perkataan 'Allah' sedangkan Quran sendiri izinkan guna 'Allah' di kalangan semua manusia termasuk bukan Islam.

Buka sikit otak kamu, hanya fikir jubah saja pakaian Islam. Belajar lagi, biar cerdik sikit!

Anonymous said...

Jadi,kerana mereka bukan Islam,maka kita benarkan mereka sesuka hati mendedahkan aurat?

Kalau mereka berbikini secara terbuka,adakah kita masih akan mengatakan biarkan saja kerana mereka bukan Islam?Barangkali kita hanya melihat keburukan bikini secara terbuka tetapi tidak melihat keburukan pendedahan aurat yang lebih 'tertutup'?

Isu pakaian yang terlalu mendedahkan barangkali bukan sekadar isu agama,ia isu moral.Kesan buruknya akan menular kepada agama lain juga walaupun jika agama-agama itu tidak melarangnya.

Setidak-tidaknya,labuhkan sedikit kain di bawah dan di atas.

usin said...

selain komplen kosong, cuba usulkan bentuk dan design yg sesuai. tidaklah nanti org kata sembrono komplen, tapi tiada nilai.

Anonymous said...

Minta maaf tapi bagi pengetahuan anda, Malaysia bukan negara Islam.
Islam adalah agama rasmi negara Malaysia.
Tolong baca perlembangaan negara anda.

Eh, fitnah terhadap orang lain tak salah ke?

Anonymous said...

Kenapa perlu mulakan dengan yang bukan Islam? Apakata kita mulakan dengan pasukan bolasepak atau sepaktakraw. Rata2 kebanyakan pemain2nya orang Melayu yang berugama Islam.Kalau kita yang Islam belum ada contoh kenapa pula mahu terapkan kepada yang bukan Islam. Cari huraian hukum sebelum menghukum.Sesungguhnya ugama bagi orang yang berakal bukan mengakal.

Anonymous said...

antara bukan islam yang nak mengunakan perkataan Allah mengantikan God dan bukan islam yang memakai pakaian menjolok mata mana lebih penting dan patut diutamakan

Anonymous said...

kedua-duanya sama penting dan sama-sama diutamakan tanpa buat perbanding.Buat perbandingan macam ni la sebabkan kita tumpu satu benda dan abaikan benda lain.

Anonymous said...

sebab perempuan lebih banyak tarikan(fitnah) daripada lelaki walaupun perempuan tu kafir sekalipun.ni pun sama macam kaedah perbandingan.Islam ka bukan islam ka,aurat tetap aurat.laksana menyeluruh,yang suruh laksana dekat orang islam dulu kenapa?negara ni bukan orang islam ja duduk.habis,tak payah la buat peraturan dekat orang bukan islam dan biar diorang suka hati dalam negara hanya kerana alasan,"bukan islam"???

Anonymous said...

Tak payah buat cadangan kalau nak main macam zoombie lah.

Anonymous said...

Anon 10.20 Jika kedua-duanya penting mengapa Tuan guru Hadi Awang dan pemimpin pas menyokong pengunaan kalimah ALLAH oh bukan islam. Sepatutnya perkara ini perlu diutamakan . Nampak macam bukan islam boleh guna kalimah Allah tapi tak boleh pakai seksi

Anonymous said...

nanti bolehlah mintak orang kafir jangan makan babi sebab orang islam tak boleh makan babi

Anonymous said...

Malaysia ni negara Islam ke ? Kalau Malaysia negara Islam hukum-hukum Allah telah dikuatkuasakan ke atas rakyat Malaysia. Malaysia ni adalah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam bukan sebuah negara yang menerapkan Islam dalam sistem pemerintahan. Lepas ni untuk lebih tepat kena sebut Malaysia adalah negara majoriti Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails