Tuesday, October 22, 2013

Kesal RM38J Setahun Hilang, Kerana Ciplak -Aishah

NEGARA kehilangan RM38 juta setahun kerana kegiatan ciplak, cetak rompak dan download lagu dan filem secara haram. Demikian kata penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih terkenal dengan nama Aishah.

"Bayangkan tuan puan, negara kehilangan RM38 juta setahun kerana kegiatan ciplak, cetak rompak dan download lagu dan filem secara haram," kata Aishah, semasa mengulas ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, membangkitkan soal cetak rompak yang sangat tidak menghormati hak cipta dan karya seni negara.

Aishah juga berkata, petugas industri tempatan juga selalu sahaja menghadapi kebanjiran pesaing mereka dari luar.

"Masa saya dahulu, Dangdut masuk. Sekarang K-Pop dari Korea Selatan pula yang mendapat tempat. Mana ada artis tempatan dapat bayaran sehingga RM1.6 juta," kata Aishah merujuk kepada laporan Audit Negara yang mendedahkan hal itu.

Bagi beliau, sebagai sebuah parti Islam, PAS perlu mengambil berat tentang industri hiburan ini kerana Malaysia negara ke-10 paling suka berhibur di seluruh dunia.

"Kalau kita tidak memberikan alternatif kita, orang lain akan ambil," kata Aishah yang bertanding sebagai calon PAS di Parlimen Jelebu dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Beliau juga berkata, anak muda negara ini dipengaruhi oleh muzik dan berkata, "Kita tidak boleh berdakwah dalam masjid sahaja tetapi perlu keluar”.

"Kita perlu bagi hiburan jenis kita dan cara kita," kata Aishah, di majlis 'perbincangan soal seni budaya dan dialog bagaimana mahu melawan budaya cetak rompak yang menzalimi industri muzik tempatan', di KualaLumpur malam tadi

Sementara itu, ada di kalangan budayawan yang hadir itu pula, merasa sangat kesal dengan sikap susah berkira kerajaan negeri Pakatan Rakyat khasnya Selangor dalam memajukan seni budaya.
 
"Nak minta RM10,000 untuk anjurkan program pun susah dan akhirnya melopong saja," kata Dinsman dalam ucapan panjang lebarnya.

Beliau juga kesal kerana Sasterawan Negara Samad yang tidak di manafaatkan sepenuhnya oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).

"Apa salahnya Pak Samad dilantik sebagai Karyawan Tamu oleh Unisel dengan memberikan kemudahan kepada beliau untuk berkarya di samping memanafaatkan beliau?" kata Dinsman.

Exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab dengan pendidikan, Dr Halimah Ali, ketika memberikan respon terhadap cadangan berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada kerajaan negeri Selangor. (IH)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails