Sunday, October 20, 2013

Puteri UMNO Dihadiahkan Video Lucah Di M/Perwakilan

FotoMesej lucah yang diterima beberapa perwakilan Puteri UMNO.

BENTONG: Beberapa perwakilan Puteri UMNO yang hadir pada mesyuarat perwakilan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, di sini terkejut apabila menerima video dan mesej lucah di telefon masing-masing daripada nombor tidak dikenali.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi tadi ketika proses pengundian baru bermula apabila perwakilan menerima video dan rantaian mesej yang menunjukkan seolah-olah penghantar memerhatikan mereka kerana memberi gambaran mengenai pakaian dan bentuk badan.

Difahamkan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Bahagian Bentong, Datuk Seri Adnan Yaakob yang berjanji membawa perwakilan yang menerima gangguan seksual membuat laporan polis selepas mesyuarat tamat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah ini 'hadiah' dari kawan-kawan mereka  yang menyimpan nombor telefon mereka?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails