Sebenarnya aku tak ada locus 
standi dalam isu balak Kelantan ni sebab pertamanya, aku bukan rakyat 
Kelantan. Kedua, aku bukan ahli PAS dan ketiga, aku bukan penyokong 
Husam.Lagi pun, isu balak ni dah selesai bila MB Kelantan memaklumkan 
bahawa permohonan untuk mendapatkan konsesi balak ini ditolak. Khalas.
Tapi, orang-orang yang tak berpuashati dengan Husam terus membedil Husam
 dengan macam-macam tuduhan sampaikan ada diantara ahli PAS yang sanggup
 melabelkan Husam sebagai pengkhianat. Aku dah banyak kali kena maki 
macam tu dan selalunya aku jarang ambik pot. Contohnya bila aku dedahkan
 Ngeh Koo Ham dapat 10,000 ekar di Kelantan, ramai yang kutuk aku dan 
mintak bukti.
Aku boleh tunjuk bukti, tapi ia akan membahayakan kerajaan Kelantan.Aku cuba ikut saluran..bagi tau kepada kepimpinan PAS. Kalau depa sapu bawah karpet...yang tu bukan salah aku dah.
Kalau aku publish dalam FB, semua orang akan nampak...dan yang akan menerima kesan negatif ialah PAS. Tapi bila aku tak siarkan, orang maki aku dan tuduh aku fitnah dan pengkhianat kepada PR.
Aku boleh tunjuk bukti, tapi ia akan membahayakan kerajaan Kelantan.Aku cuba ikut saluran..bagi tau kepada kepimpinan PAS. Kalau depa sapu bawah karpet...yang tu bukan salah aku dah.
Kalau aku publish dalam FB, semua orang akan nampak...dan yang akan menerima kesan negatif ialah PAS. Tapi bila aku tak siarkan, orang maki aku dan tuduh aku fitnah dan pengkhianat kepada PR.
Serupa juga dalam kes Husam. Husam nampak salahlaku yang bakal berlaku 
dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan, tapi Husam tak boleh la nak 
dedahkan semuanya kepada umum. Kalau dia dedahkan..yang menerima kesan 
ialah PAS dan kerajaan Kelantan.
Tapi bila Husam tak dedahkan, dia dituduh pengkhianat. Dia dituduh 
memfitnah. Dan yang menuduh dan memfitnah bukan ahli sebarangan!! Nik Amar yang datang ke Liqa Fikri Pas Perak juga mengambil kesempatan untuk menghentam Husam. Ulama jenis apa ni?
Aku pun dah lama simpan benda 
ni dan dah malas nak cerita...tapi bila membaca satu posting macam mana 
Prof. Agus menitiskan airmata ketika berjumpa Menteri Besar dan TMB 
Kelantan..itu menunjukkan Prof. Agus sayang kat negeri Kelantan. dan bila dia kritik kerajaan Kelantan, itu kerana dia sayang kat PAS Kelantan.
Balik kepada isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan. 
Aku pernah tanya...pasai apa Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia 
tau permohonan itu telah pun ditolak? Sebenarnya, Husam hanya memberi 
"clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan. Sesiapa yang rajin
 atau mahu mencari kebenaran...boleh cari. Tapi sapa yang tak mau 
kebenaran atau mengharapkan kebenaran akan datang menggolek...sampai 
bila pun tak akan jumpa.
Aku tunjukkan kronologi permohonan tersebut. Kita mula dengan surat no 1 ini. 
Surat ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada 
Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.
Kalau diperhatikan kepada salah satu syarat yang ditawarkan oleh AFDB 
Gemilang Timber (3(i) ... syarikat menawarkan premium sebanyak 
RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau 
permohonan ini diluluskan!...RM7 juta.
Kemudian cuba tengok tarikh permohonan ini dibuat....20 Jun 2013. Kalau 
aku Pengarah Hutan Negeri, perkara pertama aku buat ialah check syarikat
 yang memohon sama ada syarikat tu layak atau tidak...ada modal atau 
tidak. Jadi, aku check di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ini 
yang aku dapat. 
Wei!!! Syarikat didaftarkan pada 13.6.2013. Pada 20.6.2013 dah mintak 
3,500 ekar!! gila ka? Berapa modal syarikat ni? Siapa pengarah? Pasal 
apa buat syarikat Enterprise...bukan Sdn Bhd?
Kah...kah..kah. Budak umur 22 tahun...anak sapa ni? Buka syarikat 
enterprise dengan hanya bayar RM60.00. Modal satu sen pun tak ada..tapi 
mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan 
negeri!! Gila ka?
Kalau aku Pengarah Hutan..aku tak payah ambik apa-apa tindakan. Campak 
dalam bakul sampah saja. Tapi ini bukan sebarang budak. Budak ni macam 
anak Nazri Aziz juga!!
Dan surat permohonan ini bukan dihantar sendiri oleh budak 22 tahun ini, tapi dihantar sendiri oleh kabel dalam pejabat MB.
Pengarah Hutan tak boleh luluskan. Ini kerja gila dan kalau dia 
luluskan...dia jerut tengkok sendiri. So, telefon la kat kabel.."Susah 
la Tuan. Tak logik langsung!!" Apa nak buat?
Kabel pun cuba mengubahsuai syarikat supaya nampak ada kredibiliti 
sikit. Dan seorang lagi dibawa masuk sebagai rakan kongsi pada 1 Ogos 
2013. 
Kenal sapa dia?
Lima hari kemudian, pada 6 Ogos 2013, Setiausaha Sulit Menteri Besar 
Kelantan pun menghantar surat arahan kepada Pengarah Hutan Negeri untuk 
memproses permohonan tersebut supaya dapat dibawa ke Mesyuarat EXCO 
secepat mungkin.
Whoa!! Macam ni ka hangpa punya kerja? Macam mana SS MB Kelantan boleh tulis surat macam tu?
Balak 3,500 ekar pun boleh kowtim kat syarikat yang tak ada modal..tak ada pengalaman...tak ada kepakaran?
Ini yang cuba di sampaikan oleh Husam...tapi sebagai salah seorang 
pemimpin PAS..dia tak boleh la nak dedah kerana ia akan menyebabkan 
kejatuhan PAS. Tapi kalau orang macam Husam yang cuba untuk mengelak 
sesuatu yang buruk berlaku...tak patutla kalau pemimpin dan ahli PAS 
sendiri tuduh dia pengkhianat.
Sebaliknya, pengkhianat PAS adalah penjenayah kopiah putih yang laparkan
 balak...dan juga pemimpin kopiah putih yang cuba melindungi penjenayah 
kopiah putih. 
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
 
 
 

No comments:
Post a Comment