Tuesday, October 22, 2013

Pertarungan BN/PR Di Sungai Limau. Calon Bebas?



Mohd Azam diumumkan sebagai calon PAS di DUN Sungai Limau.

ALOR SETAR: Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abdul Samat, dinamakan sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada malam Isnin.
Mohd Azam, 37, dari Taman Markisa di Guar Chempedak di sini, dikatakan merupakan 'pengikut politik' bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, malam Isnin.
Turut hadir pada majlis tersebut penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir (dua, kanan) menjulang tangan calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ahmad Sohaimi Lazim (tengah) di Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional DUN N20 Sungai Limau di Yan, Kedah pada petang Isnin. - fotoBERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails