Thursday, October 24, 2013

Zailah Susun Gelombang UPU Sg Limau..


 
JERAI: Muslimat PAS Pusat telah memperkemaskan jentera kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Jelas ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff selain memperkemaskan jentera, pihaknya turut menyusun gelombang PRK Sungai Limau yang akan dilaksanakan oleh muslimat dari negeri-negeri yang turun membantu di setiap Unit Peti Undi (UPU).

"Kita telah susun strategi serta memperkemaskan jentera dan telah mengatur beberapa program terutama peringkat negeri dan UPU,” katanya.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang turut memberitahu dengan sambutan baik telah diberikan di semua peringkat, gabungan jentera peringkat pusat, negeri, kawasan dan UPU, PAS mampu mengekalkan kemenangan.

Katanya, Dun Sungai Limau mempunyai keistimewaannya sendiri apabila PAS telah menguasai lebih lima penggal dan ia merupakan kawasan yang dimenangi ulama.

"Kita yakin dengan masyarakat yang cintakan ilmu agama dan calon yang kita kemukakan, PAS akan terus kekal berada di sini," sambung beliau.

Menurut beliau lagi, Muslimat menyambut baik dan memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Katanya, keperibadian beliau bukan sahaja menggambarkan sifat seorang ilmuan tetapi turut menarik golongan muda. (Hrkh)

Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails