Thursday, October 24, 2013

Muktamar PAS: Pertarungan Pemuda & Muslimat..



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat telah menerima pencalonan untuk berbagai jawatan sempena Muktamar Tahunan ke-59 tahun ini. Pengerusinya, Asmuni Awi menyatakan demikian pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Katanya, jumlah borang pencalonan yang diterima sebanyak 134 kawasan tetapi ditolak 31. Ini, jelasnya menjadikan borang yang sah dan diterima hanya 103 borang untuk pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. (lihat Pemilihan Presiden PAS: 2 Pencalonan, 1 ditolak, M...)

PEMUDA PAS
Asmuni berkata, tujuh pencalonan diterima bagi jawatan ketua pemuda namun hanya enam yang layak bertanding.

Mereka adalah Kamarulzaman Muhammad (Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan), Nasaruddin Hassan Tantawi (penyandang), Raja Ahmad Iskandar (Naib Ketua Pemuda sekarang),  Ridhuan Mohd Nor (Ketua Penerangan Pemuda sekarang), Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Johor) dan Zulhazmi Sharif (Peguam PAS).

Katanya, bagi jawatan timbalan ketua Pemuda pula, 13 pencalonan diterima tetapi hanya enam layak untuk bertanding.

Mereka adalah Mohd Firdaus Jaafar (bekas ahli Parlimen Jerai), Mohd Khalil Abdul Hadi (Ketua Pemuda PAS Marang yang juga anak Presiden PAS),  Raja Ahmad Iskandar (Naib Ketua Pemuda sekarang), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (penyandang), Kamarulzaman Muhammad (Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan) dan Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Johor).

Bagi jawatan naib ketua pula, 20 pencalonan dibuat namun hanya lima yang layak iaitu Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi (bekas calon PAS Titiwangsa), Mohd Khalil Abdul Hadi (Ketua Pemuda PAS Marang), Mohd Khairul Nizam Khairuddin, Nazri Chik dan Raja Ahmad Iskandar

MUSLIMAT

Dalam pada itu, 122 kawasan membuat pencalonan untuk jawatan dalam Dewan Muslimat PAS, namun 13 darinya ditolak.
Empan nama dicalonkan untuk dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS termasuk penyandangnya, Siti Zailah Mohd Yusof. Mereka adalah Nuridah Salleh (bekas ketua muslimat),
Dr Siti Mariah Mahmud (timbalan sekarang) dan Dr Halimah Ali.
Untuk jawatan timbalan ketua pula, tujuh nama dicalonkan. Mereka adalah Mumtaz Mohd Nawi (Exco kerajaan negeri Kelantan), Nuridah Salleh (Ketua Muslimat WP), Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang), Siti Zailah Mohd Yusof (ketua), Datuk Siti Aishah Ghazali (bekas Exco kerajaan negeri Kedah), Dr Najihatussalehah Ahmad (pemimpin muslimat Perak) dan Dr Halimah Ali (Exco kerajaan negeri Selangor).
 
Ya. Selamat bermuktamar! (IH)

Lihat lanjut..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails