Sunday, October 20, 2013

Naib Presiden UMNO Kekal Status Quo

 20/10/2013 1:54am

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan gandingan mereka sebagai Naib Presiden UMNO untuk penggal 2013-2016.
Tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO itu mendapat mandat baharu daripada kira-kira 146,000 perwakilan sebagai ’orang kanan’ kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin parti tunjang Barisan Nasional itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali yang mengumumkan keputusan itu kira-kira 1.40 pagi, berkata, Ahmad Zahid memperoleh undi tertinggi iaitu 185 undi, diikuti Mohd Shafie 174 undi dan Hishammuddin 100 undi. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails