
Pengarah
 Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak  nampak"
 punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya   
pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi. Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.
BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi. Bercakap
  dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal   
berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi  antaranya di  
 DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak   
6,000 di Tanjung Dawai.
 
 Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai. Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.
Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri   
dan  Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada  
kata  sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS  
tidak  mendapat sokongan padu daripada akar umbi. Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.
Selain
  itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh   
membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut. Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.
"Kita  
 akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, 
tetapi  kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan 
Islam   bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan),"
   katanya.
"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi. (MK)
 
 

2 comments:
Kenapa PAS apabila dapat menguasai negeri selain Kelantan tetapi hanya bertahan 1 penggal ?
Selain faktor prgeseran karenah dua exco PAS dgn MB mereka sndiri....faktor pnipuan SPR tidak boleh dnafikn.
Post a Comment