Oleh TKOOffline
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menolak khabar angin beliau akan  
meletakkan jawatan dalam PKR, apatah lagi keluar parti dalam sidang  
media tadi, di pejabat Parti Keadilan Selangor. Katanya khabar 
angin itu datangnya dari BN. 
Menurutnya keputusan untuk  melantik sesiapa
 sahaja untuk menjadi Menteri Besar Selangor hendaklah  diambil secara 
musyawarah. Sehingga kini, katanya adun-adun PKR di  Selangor belum lagi
 dipanggil dan dirunding untuk melantik sesiapa pun  sebagai menteri 
besar. PKR Selangor telah membuat 
mesyuarat tergempar malam tadi dan membuat  cadangan nama untuk menjadi 
Menteri Besar Selangor dan keputusan itu  terlah diserahkan kepada 
presiden. 
 Azmin Ali juga mendakwa penasihat  parti itu,
 Datuk Seri Anwar Ibrahim memintanya bersedia untuk  menggantikan Datuk 
Seri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor  selepas Pilihan Raya
 Kecil Permatang Pauh pada 2008 lalu tapi saya  kata tidak (tidak 
terima). 
 Setakat ini isu mengenai MB Selangor PAS dan DAP telah berstuju mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim. 
 Manakala di Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam, 9 Mei lalu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menyebut  
"Ada
  orang kata sy kedekut,yaa!!..memang sy kedekut,sbb itu bukan duit  
sy,itu duit dan hak rakyat,berdosa besar jika sy salah guna duit  
rakyat,sy tak boleh beli syurga dgn duit..Sy akui tak berapa pandai  
berpolitik,tetapi sy pandai berniaga dan cari duit utk kerajaan negeri  
Selangor.."
 
 Sebelum ini kepada Sinar Harian Azmin mengatakan PKR tak akan beri jawatan itu kepada nepotisme. 
 Jadi ada banyak kekeliruan dalam hal ini. Saya rasa macam tak berapa  
yakin dengan PC kali ini, hanya saya nampak ada melobi jawatan MB untuk 
 kepentingan tertentu. 
 Jawatan MB Selangor penting 
dikekal kepada Tan Sri Khalid bagi menjamin  kebangkitan rakyat tidak 
di'kotori' dengan tangan-tangan ghaib...  walahualam. (TKO)

1 comment:
min...nak jadi mb kene didengar...dipandang...diakui oleh teman dan rakan...bukan ramainye juak keliling...tiap kali lepas pru lu buat sibuk getah....lu tak ingat bapak lu dlm kubor ke....buat la yg baik hormat ketua..hormat org lebih tua...
Post a Comment