KOTA BHARU: Rakyat Kelantan layak menerima lebih daripada apa yang 
diumumkan kerana janji-janji itu adalah sebahagian daripada perkara yang
 pernah disebut pada PRU12 lima tahun lalu. Tujuh projek besar diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri 
Najib Tun Razak kelmarin tidak lebih dari meniru program yang dirancang 
dan dilaksana oleh Kerajaan Negeri Kelantan, kata Datuk Husam Musa.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan  ini
 berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya merealisasikan projek-projek yang 
diumumkan itu sejak dahulu lagi dan bukannya meletakkan syarat ia akan 
dilaksanakan untuk penduduk Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) 
merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, rakyat Kelantan layak menerima lebih daripada apa yang 
diumumkan kerana janji-janji itu adalah sebahagian daripada perkara yang
 pernah disebut pada PRU12 lima tahun lalu.
“Kenapa perkara itu tidak dilaksanakan dahulu lagi dan akan dilakukan 
jika BN menangi, rakyat sendiri boleh menilainya apa yang dinyatakan 
ketika lawatannya itu adalah meniru apa dilakukan di Kelantan.
“Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, 
kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota 
Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto,” katanya 
kepada pemberita hari ini.
Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, sewajarnya rakyat Kelantan 
tidak boleh diberikan hak yang lebih rendah daripada apa yang sepatutnya
 mereka peroleh sejak dulu lagi.
“Sebagi contoh, Najib sebenarnya lebih wajar membina lebuh raya 
tersebut dulu lagi kerana Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu (KB) itu 
telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) dan diluluskan 
semua dalam RMK9,” katanya.
Beliau mencadangkan Perdana Menteri supaya memberi tumpuan kepada 
projek lain seperti pembinaan benteng di Sungai Golok dan pemberian 
status lapangan terbang antarabangsa untuk Kelantan. Perdana Menteri dalam lawatannya kelmarin mengumumkan tujuh projek 
besar, yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan jika mendapat 
mandat pada PRU13 akan datang.
Projek terbabit merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, 
pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan 
peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit. Projek lain, adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, 
pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menjanjikan untuk 
menyelesaikan masalah air.
Husam juga kecewa kerana Najib tidak mengumumkan sama ada tuntutan 
royalti minyak tidak diumumkan dibayar secara tanpa penangguhan dan 
hanya memaklumkan jawatankuasa khas sudah ditubuhkan.
Sementara tu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, janji Perdana 
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di
 negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah
 bagi  memancing undi rakyat. Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas di sini pagi tadi. (IH/SH)

 
 

1 comment:
kalau nak kata bodoh ..husam dah jadi exco kanan. nak kata tak sihat tak patut tetapi otaknya di simapan di kepala lutut. manusia yang paling rugi dikelantan kerana ada seorang exco kanan yang lembab otaknya tidak tahu memajukan negeri sendiri dan masih menaruh harapan dan simpati dari pusat. Jadi pemimpin kena jadi kreatif bukan jadi dunggu dan makan gaji buta...20 tahun memerintah asyik menipu rakyat dengan batu asas sahaja. tolonglah husam cerminkan diri banyak yea. hentikan bercakap bohong macam nik aziz.
Post a Comment