Friday, October 12, 2012

Nik Aziz: Jelaskan Kekeliruan Shahnon Ahmad.


Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KOTA BHARU - Pas tetap bekerjasama dengan DAP bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurutnya, beliau hairan dengan sikap sesetengah pihak khususnya orang Pas sendiri yang mengkritik kerjasama dengan DAP walaupun parti itu tidak mengacau perjuangan Pas.

“Saya pun tidak tahu mengapa tersasar dia tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP jadi tidak tahu kenapa yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.
"Masalahnya ialah orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno tapi kena ada jawapanlah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pasar Saidina Ali di Kok Lanas di sini semalam. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad kelmarin bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails