Tuesday, October 09, 2012

Ahli Silap Mata Beraksi Maut Paling Bahaya!


BLAINE lengkap berpakaian pengalir elekrik.
BLAINE lengkap berpakaian pengalir elekrik.
BLAINE berdiri di tengah-tengah aliran aliran eletrik sejuta voltan selama tiga hari.

BLAINE berdiri di tengah-tengah aliran aliran eletrik sejuta voltan selama tiga hari.

JOM KREATIF
NEW YORK: Ia diiklankan sebagai aksi ngeri menempah maut, pertunjukan paling berbahaya yang akan mengejutkan jutaan manusia. Namun, pertunjukan terbaru David Blaine, ahli silap mata terkenal itu dianggap sebagai tidak berbahaya oleh seorang ahli fizik terkenal.

Profesor John Belcher berkata, dia bersedia mengambil tempat ahli silap mata itu walaupun sudah berusia 69 tahun dan bencikan risiko. Blaine berdiri di tengah-tengah aliran elektrik sejuta voltan untuk aksi ngerinya yang bertajuk, Electrified.

Pertunjukan selama tiga hari di New York itu berakhir malam tadi. Satu-satunya perlindungan Blaine ialah pakaian berperisai dan topi keledar yang direka khas. Bagaimanapun, Belcher, pakar ruang angkasa berkata, satu-satu kebimbangannya jika melakukan aksi seperti Blaine ialah tidak cukup tidur.

“Dia mempunyai pakaian pengalir elektrik. Semua tenaga elekrik mengalir menerusi pakaian itu, tidak ada yang menerusi tubuhnya.
“Saya tidak nampak bahayanya. Saya sudah berusia 69 tahun dan tidak sukakan risiko. Saya lebih suka tidur,” kata profesor itu.

Menurutnya, Blaine memakai pakaian Faraday yang dibuat daripada keluli tahan karat beraliran tinggi. Pekerja menggunakan pakaian seumpama itu jika memasang talian elektrik bervoltan tinggi. Ahli fizik amatur juga memakainya ketika mengkaji gelung Tesla.

Ahli fizik di Universiti Columbia, Allen Zajc, juga tidak tertarik dengan aksi Blaine. Menurutnya, apa yang menarik ialah ahli silap mata tu terpaksa berdiri selama 72 jam. Setakat ini, acara itu berlangsung seperti yang dijadual, meskipun Blaine terkena kejutan elektik ketika berlatih selepas visor pada topi keledarnya terkena hidungnya. - DM

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails