Tuesday, October 09, 2012

Bank Negara Rugi RM30 Bilion Angkara Menteri?



KL 8 OKTOBER: Dalam keghairahan kerajaan BN mengutuk Soros sebagai spekulator matawang asing, DAP mendesak kerajaan agar menjelaskan kerugian yang ditanggung Bank Negara mencecah RM30 bilion akibat skandal matawang oleh spekulator tempatan.

“Tan Sri Nor Mohamed Yakcop harus tampil menjelaskan sepenuhnya skandal kewangan ini demi kepentingan awam,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengulas jawapan parlimen yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim dua minggu lalu.

Timbalan Menteri Kewangan tersebut berkata di Parlimen bahawa Bank Negara hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993.

“Ini menimbulkan persoalan berhubung kerugian RM10.1 bilion pada tahun 1992 biarpun jumlah kerugian mencecah RM30 bilion seperti yang dianggarkan oleh bekas pegawai kanan Bank Negara Dr Rosli Yakcop yang pernah bekerja di bawah Tan Sri Nor,”

Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, Tan Sri Nor dikenal pasti sebagai watak utama dalam menguruskan urusniaga matawang untuk Bank Negara ketika itu dengan pertaruhan besar.

“Ia melibatkan beratus-ratus juta Dolar Amerika untuk setiap lot pertaruhan dan sehingga kini beliau enggan menjelaskan penglibatan beliau atau mengapa beliau memperjudikan dana negara dengan begitu tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan skandal kewangan terbesar dalam sejarah Malaysia.”

Dalam perkara yang berkaitan, Guan Eng turut mempersoalkan mengapa Kerajaan Malaysia mengamalkan pilih kasih dengan melindungi spekulator matawang Malaysia seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop?

“Lebih teruk lagi, Kerajaan BN bukan sahaja gagal menghukum mereka yang bertanggungjawab atas kerugian besar atau menuntut kebertanggungjawaban sepenuhnya, tetapi telah menaikkan pangkat spekulator mata wang forex seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada jawatan Menteri Kabinet.” ujar beliau.

Tambahnya, kegagalan untuk menjelaskan kepada umum berbuat demikian akan menunjukkan bahawa Kerajaan BN hanya berpura-pura dalam komitmennya terhadap kebertanggungjawaban awam dan ketelusan.- Roketkini.com

1 comment:

Anonymous said...

sounds dedicated in favor of Avril Lavigne [url=http://www.tonyluxury.com]トリーバーチ カードケース[/url]- Note 2 has been amended to clarify the [url=http://www.tonyluxury.com]トリーバーチ コスメポーチ[/url]Similarly the arrival of B & Q has also [url=http://www.tonyluxury.com]トリーバーチ ブーツ[/url]tutorials to help freelancers in [url=http://www.tonyluxury.com]http://www.tonyluxury.com[/url] of ceiling fans 31241biii - The term 'area [url=http://www.tonyluxury.com]http://www.tonyluxury.com[/url] prices making them even more desirable In

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails