Monday, July 30, 2012

Keluar BN Tubuh Angkatan Perubahan Sabah


Bumburing, pemimpin kedua keluar BN, tubuh parti baru
TUARAN - Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) hari ini mengumumkan keluar parti itu, yang merupakan satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah.

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dalit, dekat sini, hari ini. Bumburing berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi Upko yang lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada ibu pejabat parti berkenaan minggu lepas.

"Setelah mengambil kira semua faktor, saya dengan ini mengumumkan keluar BN," katanya.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front. Pada 23 Julai lepas, Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta dan mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails