Tuesday, July 31, 2012

Ahli Parlimen Lelaki Dipaksa 3 Wanita Berbogel.


Inipun paksa bogel juga, beberapa pelajar perempuan dipaksa menanggalkan pakaiannya di sebuah sekolah tinggi di Korea Selatan, 2 tahun lalu. Tiada kena mengena dengan ahli parlimen Bangla ini.

DHAKA: Seorang anggota Parlimen Bangladesh yang dirakam berbogel di pejabatnya bersama-sama seorang wanita, dipaksa berbuat demikian oleh sekumpulan penjenayah bersenjata yang kemudian menggunakan video itu untuk memeras wang daripadanya.

Penolong Pesuruhjaya Polis Abdul Ahad berkata, pihaknya menangkap lima orang, termasuk tiga wanita atas tuduhan memeras ugut anggota Parlimen itu yang ada hubungan dengan kerajaan.

“Mereka mengarahkannya berbogel. Seorang rakan wanita mereka juga berbogel dan yang lain memaksa anggota Parlimen itu bergambar dengannya,” kata Abdul Ahad.

Kejadian berlaku di Dhaka Mei lalu dan kumpulan itu didakwa menuntut lima juta taka (RM183,000) daripada anggota Parlimen berkenaan yang dikenali pasti sebagai Abdul Jabbar oleh media tempatan. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails