Saturday, June 30, 2012

UMNO Nak Buat Hudud Semua Kaum? Porrah!!


ADUN Umno cadang Johor laksana hudud

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS. Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

"Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya.

Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan. 

'Sokong Umno kalau ikhlas'
Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS. Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

"Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama)," katanya.

Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar. Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam

"Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya.

Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan. (MK)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO! Kamu perintah negeri dan negara, kamu cadang, kamu sokong, kamu buatlah! Setengah abad lebih, kamu peritah negara kenapa tak jadi lagi. Kan rakan-rakan kamu ada, MCA/MIC?

Porrah!!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

3 comments:

diod said...

mabuk ke kurang sihat ? baru cadang saja sudah kecoh. Apa kata menteri besar ? mufti johor ? sultan ibrahim ?

Anonymous said...


walaupun saya juga orang Umno, tapi saya ingin mengingatkan pada rakan2 umno yang lain. jangan permainkan hukum hudud kerana hukum ini bukan soal ideologi politik tapi hukum Allah Swt. janganlah kerana mengejar keduniaan sehingga kita sanggup mempermainkan hukum Tuhan. islam yang kita anut sudah berusia lebih 1400 tahun. Sedangkan Umno yang kita anggotai baru sekitar 50 tahun saja. janganlah kerana terlalu mahu menunjukkan sokongan pada umno sehingga kita perkecilkan hukum islam, iaitu agama kita sendiri. Apakah semua orang umno mahu mengikut jejak langkah Soi Lek?
Assalamualaikum....

Anonymous said...

Pas pun serupa juga, dah lebih 20 tahun perintah Kelantan tapi habuk pun tadak!!. Setakat cakap je meletop-letup macam meriam buluh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails