Friday, June 29, 2012

Tv M'sia & Indo, Bazirkan Masa Rakyat?


1,600 jam dibazir depan TV

JAKARTA: Purata kanak-kanak di negara ini meluangkan masa lebih banyak menonton televisyen dalam setahun berbanding berada di bilik darjah, kata Timbalan Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), Eski Tri Rejeki Suyanto, semalam.

Kajian dibuat KPI menunjukkan kanak-kanak di Indonesia mungkin meluangkan masa empat hingga lima jam sehari atau 30 hingga 35 jam seminggu atau 1,600 jam setahun menonton televisyen.

“Sementara itu, jumlah waktu persekolahan dalam setahun adalah 740 jam. Hasilnya, jumlah masa yang diluangkan kanak-kanak untuk menonton televisyen adalah dua kali ganda jumlah masa yang diluangkan di kelas,” kata Eski seperti mana dipetik daripada agensi berita Antara.

Eski berkata, waktu yang diluangkan menonton televisyen semakin meningkat pada hujung minggu.

Menurutnya, amalan ini bermula sejak awal usia kanak-kanak ekoran tindakan ibu bapa menggunakan televisyen sebagai alat untuk menenangkan anak mereka yang menangis. “Kebanyakan kanak-kanak segera menonton stesen televisyen kegemaran mereka sebaik pulang ke rumah daripada sekolah,” katanya.

Eski berkata, membiarkan kanak-kanak memenuhi masa senggang mereka dengan menonton televisyen adalah amalan yang tidak baik. - Antara

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tv, rupanya telah disalahgunakan, bukan untuk pembangunan insan, rohani jasmani, dan dunia akhirat. Termasuk penganjur atau penontonnya, samada swasta atau kerajaan, Malaysia atau Indonesia, yang telah menyelewengkn fungsi sebenar, bahkan digunakan untuk hiburan semata-mata.

Kita lihat berapa banyak masa dihabiskan penonton yang melihat pertandingan bola sepak contohnya. Berapa juta jam masa penonton dihabiskan dalam sesuatu pertandingan.. Kaji-kaji balik, banyak rugikah atau untung? Terutama bagi pelajar...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails