Friday, June 29, 2012

26 Tempiaran Lari, GRO Tiada Jalan Selesai?

Abdul Rahman (kiri) bertanyakan sesuatu kepada seorang wanita warga asing yang ditahan.

SEBERANG JAYA – Seramai 26 wanita yang sedang asyik melayan pelanggan di sebuah restoran terbuka dekat Taman Impian Alma, di sini, bertempiaran lari kerana terkejut selepas premis berkenaan diserbu Jabatan Imigresen dalam satu operasi awal pagi semalam.

Semua mereka yang bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan (GRO) di restoran itu terdiri daripada 24 warga Thailand, sementara masing-masing satu Indonesia dan Myanmar berusia
antara 20 dan 35 tahun.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata, serbuan itu dibuat sepasukan 30 anggota bahagian penguatkuasaan pada jam 1.15 pagi hingga 1.45 pagi.

Menurutnya, ketika serbuan semua wanita berkenaan bersama pelanggan cuba melarikan diri, namun gagal apabila semua penjuru premis telah dikepung.

“Hasil pemeriksaan mendapati, empat daripada mereka, yang mana tiga warganegara Thailand dan satu Indonesia merupakan isteri kepada lelaki warga tempatan.

“Tiga yang lain pula didapati tidak mempunyai sebarang dokumen, manakala selebihnya menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya ketika ditemui di Pejabat Imigresen Negeri, di sini.

Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, pada 2010 dan tahun lalu, premis berkenaan pernah diserbu dua kali, namun dilihat masih degil dengan melakukan kesalahan sama.

Sorang wanita warga Thailand juga didapati pernah ditahan sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini kerana melakukan aktiviti tidak bermoral dengan bekerja sebagai GRO. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya, masalah GRO asing di Malaysia, masih belum ada jalan selesai. Tidak mungkin tidak ada jalan selesai, yang ada mungkin sengaja tidak mahu cari penyelesaiaan. Tidak mungkin pemimpin-pemimpin Malaysia bodoh atau tidak cerdik dan kreatif...

Cuba cari bagaimana penyelesaiannya menurut Islam pula!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails