Thursday, June 28, 2012

Cabul Dlm Tandas, Lagi Bukti D/Pelajaran Gagal.


GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.


Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang 19 Jun lalu, namun ia tidak berakhir di situ saja kerana selepas itu mereka terus mengganggu kedua-dua mangsa malah turut diugut supaya tidak membocorkan rahsia perbuatan mereka atau akan dirogol.

Tidak tahan dengan gangguan dan ugutan yang diterima, seorang daripada mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin. Menurut sumber, sebelum kejadian kedua-dua mangsa masuk ke dalam tandas sekolah mereka sebelum terdengar bunyi bising di luar.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Hal ini, lebih-lebih lagi berlaku di sekolah, lagi bukti kegagalan dasar pelajaran negara ini... BN bertanggung jawab.

1 comment:

ngah said...

betul kata sdra tu..jd sebegini kerana bukti dasar pelajaran diMalaysia gagal..antaranya dasar dinegara kita yg perlu sgt dirombakkan dgn dasar yg lebih baik lps Putrajaya dpt kpd PR..pemerintahan yg ada skrg xboleh diharapkan lg..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails