Friday, June 29, 2012

Selamat Datang, Doa Unt Biduanita Sharifah Aini!



SHARIFAH AINI menunjukkan surat pendaftaran sebagai pengundi di Pejabat Pos Besar, Shah Alam semalam. 
HALAMAN HIBURAN

SHAH ALAM: Pejabat Pos Besar di sini telah menerima kunjungan pelanggan istimewa iaitu biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang hadir untuk mendaftar sebagai pengundi baharu pada pilihan raya umum akan datang.

Sharifah yang lebih mesra disapa Kak Pah berkata, walaupun rasa malu dan bersalah kerana sudah terlewat untuk mendaftar namun sebagai warganegara bertanggungjawab, semua itu terpaksa diketepikan demi memastikan masa depan negara akan terjamin.

Menurutnya, kesedaran itu timbul selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatinya agar berbuat demikian pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 Isnin lalu.

"Beliau (Ismail Sabri) memberitahu saya bahawa kerajaan sentiasa ingin membantu kami semua (golongan artis) dan oleh kerana itu, saya rasa ini adalah platform yang sesuai untuk menentukan siapa kerajaan yang ingin dipilih nanti.

"Pendaftaran hari ini (semalam) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi saya pada 2 Julai depan dan saya akan membuang undi di kawasan Parlimen Petaling Jaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini dulu semalam. (Sumber Kosmo)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Kak Pah memulai ke arah kesedaran berpoitik. Memang poitik tidak dapat dipisahkan dari kehidupan harian dan agama. Bahkan ada kaitan dengan hari akhirat, syurga dan neraka. Kalau makan minum atau yang sekecil-kecilnya perlu ikut cara Islam, apa lagi dalam menentukan politik, kepimpinan dan pemerintahan masa depan kita.

Bukan sahaja dalam seluruh kehidupan di dunia, bahkan hingga ke luar dunia, iaitu akhirat. Maka amatlah wajar Kak Pah pilih politik Islam, dengan mengambil Islam (termasuk politik) sebagai penaung hidup. Kini sudah ramai artis-artis sudah memilih cara hidup Islam sepenuhnya termasuk berpolitik Contohnya seperti Bob Lukman, Aishah, Akhil Hai, terbaru Heiri Othman dan lain-lain..

Apa  lagi Kak Pah orang yang mempunyai pengetahuan agama, dan mempunyai anak-anak yang hebat dalam pengajian agama. Insya Allah semoga akhirnya Kak Pah akan memilih parti Islam, dan dipilih Allah dengan melibatkan diri bersama-sama perjuangan Islam.

Sementara itu menurut Weblog Nizar, sebentar tadi..


""Mengikut rakan facebook, biduanita negara Dato' Sharifah Aini akan mengumumkan kemasukkannya ke dalam PAS pada bulan Julai ini. Baguslah, setelah berpuluh tahun bergelumang dalam Umno sebagai seorang selebriti tersohor, mungkin beliau agaknya baru tersedar bahawa Umno tidak membawa insan ke arah ketuhanan.

Sharifah Aini yang berasal dari Johor, sejak akhir-akhir ini begitu berminat menyampaikan lagu-lagu dakwah dan menyanyi untuk kutipan dana anak-anak yatim. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang belajar di tahfiz Al-Quran. Walau bagaimanapun, beliau dikatakan tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini dan pernah dimasukkan ke wad..."

Salam weblog ini kepada biduanita negara, Datuk Sharifah Aini. Selamat datang, kami sama-sama mendoakan kesejahteraanmu di dunia dan di akhirat! Allahu Akbar! 
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails