Wednesday, June 27, 2012

Sujud Syukur Kemenangan Mesir & Putrajaya!


KUALA LUMPUR: Sebaik menerima berita kemenangan Dr. Mohamed Mursi (Presiden baru Mesir), mereka memberhentikan kereta lantas sujud tanda syukur di atas anugerah Allah. Menurut seorang Imam yang baru pulang dari Mesir, beliau melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana lebuhraya yang beliau lalui dari ibu kota ke lapangan terbang Kaherah penuh dengan kereta berhenti.

Dan mereka berhenti bukan untuk membuang air kecil tetapi sujud syukur atas pengesahan kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden baru Mesir.

"Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya ini selepas 40 tahun berdakwah untuk menyedarkan rakyat Mesir kepentingan politik dalam Islam," kata beliau kepada Harakahdaily.

Imam ini meninggalkan rumahnya kira-kira jam 1 tengahari menuju lapangan terbang walaupun penerbangannya dari Kaherah ke Kuala Lumpur hanya pada jam 11 malam.

"Namun kerana bimbang jalan jam, saya keluar awal. Bila sampai tengah jalan dalam jam 3.15 waktu Mesir, saya lihat banyak kereta berhenti dan penumpang serta pemandunya sujud di atas jalan raya itu.

"Barulah saya sedar, mereka membuat sujud syukur atas kemenangan Dr Mursi secara rasmi," katanya

Dr Mursi diumumkan menang pilihan raya presiden Mesir kira-kira jam 10.30 malam waktu Malaysia Ahad lepas. Kemenangan beliau diisytiharkan secara rasmi selepas seminggu pilihan raya itu selesai.

Kira-kira sejuta penyokong beliau berkumpul di Dataran Tahrir berkumpul bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir mengumumkan Morsi sebagai pemenang kerana kiraan yang dibuat oleh Ikhwan sudah menunjukkan Morsi menang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Selepas PRU13 ini, kita akan sujud syukur beramai-ramai di mana saja kita berada, bila dapat berita PAS dan rakan-rakan mengambi alih Putrajaya dan memerintah Malaysia. Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails