Tuesday, May 01, 2012

Selamat Hari Pekerja! Perlukah Gaji Minima?

 
HARI ini Hari Pekerja. Pengumuman penetapan kadar gaji minima sektor swasta di Malaysia telah disampaikan oleh pemerintah pada 30 April 2012 jam 9.00 malam sempena hari pekerja 1 Mei 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Gaji bulanan minimum bagi pekerja sektor swasta di Semenanjung ditetapkan pada RM900 (RM4.33 sejam) dan RM800 (RM3.85 sejam) bagi Sarawak, Sabah dan Labuan. Gaji minimum akan dikaji semula dari semasa ke semasa selaras dengan produktiviti negara, kemampuan dan daya saing.


Pemerintah menyedari pekerja menuntut gaji minimum antara RM1,200 dan RM1,500, namun ia tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

Selepas beberapa siri perbincangan, satu keputusan telah dicapai oleh Majlis itu bahawa gaji minimum akan ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.

Di dalam Islam, tenaga kerja tidak dianggap sebagai objek atau alat untuk meraih manfaat semata-mata tetapi setiap pekerja dipandang sebagai seorang manusia yang mempunyai keperluan dan tanggungjawab untuk dipenuhi.

Bagi pekerja yang gajinya rendah dan tidak mampu untuk memenuhi keperluan diri dan keluarganya, negara akan menjamin semua aspek pemenuhan samada ia melibatkan keperluan asas sepertI..
  • makanan, 
  • pakaian dan 
  • tempat tinggal serta juga 
  • keperluan lain seperti elektrik, 
  • air, 
  • pendidikan dan 
  • kesihatan.
Jadi, dengan semua jaminan yang diberikan itu, tidak ada sebab untuk negara Islam melaksanakan gaji minima kerana di dalam Islam jumlah gaji bukan satu penanda aras kepada kesejahteraan dan kemakmuran.

Kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara ditentukan melalui kaedah dan hukum berkaitan pengagihan dan pemilikan kekayaan negara iaitu Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah. Belum dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat banyak di perut bumi negara umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada umat bagai memastikan kesejahteraannya.

Dalam keadaan umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan, kerajaan pula berasa amat bangga dengan usaha menjadi Negara Maju tetapi rakyat masih lagi miskin merempat muflis berhutang papa kedana.

Jadi perlukah ditetapkan gaji minima?

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

1 Mei 2012 KL  

3 comments:

Anonymous said...

memang perlu ditetapkan gaji minima tapi bukan 800 mahupun 1500 sekurang-kurangnya 2000 baru cukup pada waktu sekarang, rasanya negara islam yang ibnu hashim mention sukar hendak dilaksanakan walaupun PAS dan pakatan rakyat menguasai kerajaan PERSEKUTUAN kerana pasti ada bantahan dari sekutu dalam pakatan rakyat dan ianya tidak termaktub didalam BUKU JINGGA yang menjadi TERAS PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT dan pakatan rakyat tidak menjadikan AL-QURAN serta AS-SUNNAH YANG MENJADI PANDUAN UMAT ISLAM sebagai sebagai asas perjuangan pakatan rakyat. Sebagai rakyat malaysia kita kena realistik bahawa impian untuk melihat MALAYSIA MENJADI NEGARA ISLAM DAN MELAKSANAKAN SEMUA HUKUM ISLAM KEMUNGKINAN BESAR TIDAK TERCAPAI, paling jauh pun hanya KELANTAN sahaja dibenarkan melaksanakan pemerintahan berasaskan AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih atas pandangan tuan.

Anonymous said...

assalamualaikum...
semua org mau gaji tinggi tpi tidak semudah yg tuan sangka.. senang ckp mau bagi gaji 2000 baru cukup... kalau mengikut sifat manusia ni mmg tak pandai ckp.. bagi 2000 mau 3000, bagi 3000 mau 5000.... harga barang pun ikut naik kalu gaji naik...
ada alasan kerajaan tarik subsidi sbb semua dah dpt gaji tinggi dr sebelum ni.... saya seorang peniaga, sy mengambil kontrak pembersihan... adakah tuan maklum berapalah byran kontrak kami? kalu ikut kami mau jg bagi staf2 kami gaji yg baik.. tp tidak semudah melempiaskan air liur shj... harga
kemikal naik... alat kerja naik....
pengankutan naik... sewa ofis naik.... kos operasi naik.. semua naik... gaji naik... pengeras jerung2 dan ikan bilis naik.. yang pening majikan.. sepa yang tolong majikan fikir semua ke naikan kos, pekerja naik gaji... habis crita... dia lepas tangan bkn kisah pun kalu majikan bungkus aku cari kompeni lain.... PERNAHKAH TUAN TERFIKIRR?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails