Wednesday, May 02, 2012

Lagi K/Kebajikan PR, RM46J Unt Warga Emas K'tan

 
TANAH MERAH: Sehingga kini hampir 24,000 warga emas yang meninggal dunia di Kelantan menerima pampasan daripada Takaful Kifaalah Sdn Bhd yang berjumlah lebih RM46 juta.

Skim kebajikan untuk warga emas tersebut dilancarkan pada 2006 di mana pada tahun pertama sebanyak RM12.9 juta dibayar membabitkan kematian seramai 5,195 warga emas.

Manakala pada tahun kedua pula pampasan dibayar sebanyak RM13.2 juta melibatkan seramai 5,264 warga emas yang meninggal dunia.

Keluarga peserta juga bukan sekadar menerima cek pampasan sebaliknya turut diadakan tahlil perdana yang bermula 30 April lalu di Masjid Kampung Peria, Dun Manek Urai.

Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, program tahlil perdana dan penyampaian cek kepada wasi (keluarga) akan diadakan di seluruh kawasan parlimen di Kelantan, yang dijangka berakhir 31 Mei ini.

Katanya, program berkenaan yang bermula selepas Asar diadakan jamuan rakyat, kemudian kuliah agama selepas Maghrib, tahlil dan penyampaian cek kepada wasi.

“Keluarga warga emas yang meninggal dunia dijemput menghadiri program berkenaan bagi menerima cek, menyertai tahlil dan menikmati jamuan yang diadakan,” katanya di sini semalam.

Program berkenaan diadakan di Masjid Tepi Sungai, program bermula selepas Asar.  Selepas solat Maghrib diadakan kuliah agama disampaikan imam masjid terbabit, Mohd Nor Said. Selepas itu diadakan sembahyang hajat.

Selepas solat Isya’ diadakan majlis penyampaian cek kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.

Hadir sama Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa.  Setiap wasi menerima cek berjumlah RM1,000.

Sementara itu, seorang penerima Mohd Soffi Mat Nor dari Kampung Sat melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mewujudkan skim berkenaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails