Tuesday, May 01, 2012

Intensif Khas Kpd Pekerja Wanita -Siti Zailah


 

KL, 1 Mei 12: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja seluruh negara yang berjumlah lebih 5 juta di sektor swasta dan 1.5 juta di sektor awam.

“Saya juga meletakkan penghargaan yang tinggi kepada semua pekerja wanita yang meletakkan sumbangan yang besar kepada negara,” ujar Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff  (gambar) dalam satu kenyataan sempena Hari Pekerja, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, DMPP mengiktiraf jasa dan pengorbanan pekerja waita yang sanggup berkorban untuk kepentingan keluarga dan negara.

“Kita mencadangkan agar insentif khas kepada semua pekerja wanita termasuk sistem sokongan yang lebih berkesan  untuk mempastikan keselesaan,  keselamatan dan  pada masa yang sama dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu yang solehah serta pekerja yang cemerlang.

“Kira sambut baik cadangan Perdana Menteri menaikkan kadar gaji minimum kepada sektor swasta sebanyak RM900 di Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak walaupun kita rasa penetapan ini tidak berbaloi,” ujarnya mewakili seluruh kepimpinan DMPP. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails