Monday, April 30, 2012

Pengidap Deabetes: 2006 1.5J- 2011 3J -Dauk Rosnah


ROSNAH (tiga dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada seorang penduduk yang menjalani pemeriksaan tekanan darah selepas merasmikan program Kempen Bulan Kesedaran Diabetes di Butterworth semalam. 
KESIHATAN
BUTTERWORTH - Kira-kira dua juta rakyat Malaysia berisiko menghidap diabetes namun tidak menyedarinya kerana tidak membuat pemeriksaan kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata, anggaran itu melibatkan individu dewasa yang masih belum menjalani ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala.

"Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati pesakit diabetes meningkat setiap tahun. Pada 2006 terdapat 1.5 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan keputusan awal NHMS pada 2011 terdapat tiga juta menghidap diabetes," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Bulan Kesedaran Diabetes di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu dibuat, kajian berapa banyak wang negara keluar kerana rakyat tidak sihat, rakyat mengidap deabetes? Berapa peruntukan wang diperlukan oleh sesebuah keluarga bila ahli keluarganya mengidap diabetes? Penyelesaian wabak diabetes perlu diselesaikan segera... (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails