Monday, November 14, 2011

Pengganas Melayu Dicekup, Hasil Asabiah UMNO?


Sebuah dewan resort di Teluk Batik, Lumut telah ditempah khas oleh ahli Genki Seven Malaysia untuk melakukan ikrar sumpah taat setia.

KEMASKINI LUMUT 13 Nov 11: Kosmo melaporkan, sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.

Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.

“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.

“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya. Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak. Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.

Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.

“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pertubuhan ala kongsi gelap dikatakan bernaung di bawah Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) perlu disiasat segera. Budaya orang Melayu tiada ala kongsi gelap. Yang ada ialah pelampau-pelampau asobiah Melayu, ditiup dengan semangat perkauman sempit oleh pemimpin-pemimpin UMNO sekitar peristiwa berdarah 13 Mei 1969

Buktinya, lihat ucapan sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO waktu itu. Kita bimbang kalau dibiarkan, mereka akan menjadi pengganas-pengganas Melayu.

Lihat tambahan berita berkaitan: myMetro. Tarian ghairah buka ‘ritual’

DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.
DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.
KUMPUL... belia dan remaja dikumpulkan polis, kelmarin.
KUMPUL... belia dan remaja dikumpulkan polis, kelmarin.

MANJUNG: Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu ‘ritual’ khas bagi ditauliah menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.

Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin. Difahamkan, 307 individu berusia dari 17 hingga 30 tahun itu berkumpul di resort berkenaan mulai jam 8 malam kelmarin lengkap memakai kemeja-T dengan logo pertubuhan itu.

Berselindung di sebalik program Hari Keluarga, acara itu dikendalikan sekumpulan individu dipercayai ahli kumpulan gengster untuk merekrut ahli baru. Difahamkan, peserta program itu datang dari seluruh negara untuk menyertai kumpulan berkenaan dan mendaftar masuk di resort bermula jam 3 petang kelmarin.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila lihat juga komen-komen di bawah yang melenting atas komen weblog ini... Lihat ada hujjah ke?

Ada kaitan, sila lihat..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

13 comments:

Anonymous said...

Apa kena mengena UMNO dengan pertubuhan yang kononnya kongsi gelap itu? UMNO bukannya asobiyah, yang menjadi asobiyah sebenarnya adalah PAS, buat salah apa pun kalau dipihak PAS atau sekutu PAS semuanya adalah konspirasi pihak lawan, kalau orang lain boleh tuduh sembarangan saja. Buktinya:

Dalam isu Mat Sabu, Saipul Baharin, Anwar, Lim Guan Eng (rasuah kes anaknya), dan macam-macam lagi, semuanya dibela walaupun ada bukti mendedahkan kebokbrokan sikap mereka ini. Kononnya video, cctv, DNA, dan lain-lain tak boleh jadi bukti, video pun kata besi, kata Tuan Guru Hadi Awang, ulama politik PAS. Orang yang buat tuduhan terhadap puak-puak PAS dan kuncu-kuncunya perlu dikenakan tindakan qazaf, kata ulamak putar alam PAS kerana tak dapat sediakan saksi 4 orang lelaki beriman.

Tetapi bila Mahfuz Omar dan kuncu-kuncunya menuduh Dr. Rais Yatim sebagai perogol, bukan setakat tak ada video, CCTV pun tak ada, DNA pun tak ada malahan yang lagi teruk yang kononnya kena rogol pun menafikannya dan menyatakan tuduhan itu adalah tidak benar. Lihat apa tindakan PAS terhadap Mahfuz dan kuncu-kuncunya, mereka dibela dan diberi macam-macam penghargaan walaupun buat jahat kerana dapat merosakkan imej UMNO dan Barisan Nasional.

Para ulamak putar alam, ustaz auta, ustazah penipu, tuan guru penyeleweng dalam PAS patutnya insaf, lihat balik ulama silam adakah berperangai seperti anda semua? Anda semua perosak nama baik para ulama, para solehin, anda semua perosak masyarakat dengan mempolitikkan agama, patutnya mengagamakan politik, tapi sekarang agama dipolitikkan.

Lihat saja isu Perikatan dan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, dulu tuduh kerjasama UMNO dengan MIC dan MCA sebagai haram dan berdosa malahan siap kafir mengkafir lagi. Sedangkan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tidak menjadikan UMNO sebagai 'anjing suruhan' sebagaimana kerjasama PAS dengan DAP hingga menjadikan PAS sebagai 'anjing suruhan' DAP dalam Pakatan Rakyat. Buktinya dalam Barisan Nasional MCA dan MIC mendengar nasihat UMNO atas kepentingan negara, tapi dalam Pakatan Rakyat, PAS menjadi 'anjing suruhan' tahap pecacai yang mengikut sahaja apa saja yang dibuat oleh dan dikehendaki oleh DAP walaupun menjahanamkan agama dan bangsa, buktinya isu arak dan judi di Shah Alam serta isu buka puasa yang disertai acara keagamaan bukan Islam di sebuah pusat ibadat bukan Islam di Selangor, PAS sanggup menindas Pesuruhjaya PAS Selangor yang memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa serta negara kerana pimpinan PAS telah menjadi 'anjing suruhan' DAP yang terpaksa 'mengemis' bantuan politik untuk sokongan bukan Islam dan bukan bumiputera, inilah sikap PAS yang patutnya ubah jadi Parti Anjing Suruhan = PAS.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Encik Mohamad.

Anonymous said...

Apa kena mengena UMNO dengan pertubuhan yang kononnya kongsi gelap itu? UMNO bukannya asobiyah, yang menjadi asobiyah sebenarnya adalah PAS, buat salah apa pun kalau dipihak PAS atau sekutu PAS semuanya adalah konspirasi pihak lawan, kalau orang lain boleh tuduh sembarangan saja. Buktinya:

Dalam isu Mat Sabu, Saipul Baharin, Anwar, Lim Guan Eng (rasuah kes anaknya), dan macam-macam lagi, semuanya dibela walaupun ada bukti mendedahkan kebokbrokan sikap mereka ini. Kononnya video, cctv, DNA, dan lain-lain tak boleh jadi bukti, video pun kata besi, kata Tuan Guru Hadi Awang, ulama politik PAS. Orang yang buat tuduhan terhadap puak-puak PAS dan kuncu-kuncunya perlu dikenakan tindakan qazaf, kata ulamak putar alam PAS kerana tak dapat sediakan saksi 4 orang lelaki beriman.

Tetapi bila Mahfuz Omar dan kuncu-kuncunya menuduh Dr. Rais Yatim sebagai perogol, bukan setakat tak ada video, malahan saksi lelaki 4 orang beriman pun tak ada, CCTV pun tak ada, DNA pun tak ada malahan yang lagi teruk yang kononnya kena rogol pun menafikannya dan menyatakan tuduhan itu adalah tidak benar. Lihat apa tindakan PAS terhadap Mahfuz dan kuncu-kuncunya, mereka dibela dan diberi macam-macam penghargaan walaupun buat jahat kerana dapat merosakkan imej UMNO dan Barisan Nasional.

Para ulamak putar alam, ustaz auta, ustazah penipu, tuan guru penyeleweng dalam PAS patutnya insaf, lihat balik ulama silam adakah berperangai seperti anda semua? Anda semua perosak nama baik para ulama, para solehin, anda semua perosak masyarakat dengan mempolitikkan agama, patutnya mengagamakan politik, tapi sekarang agama dipolitikkan.

Lihat saja isu Perikatan dan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, dulu tuduh kerjasama UMNO dengan MIC dan MCA sebagai haram dan berdosa malahan siap kafir mengkafir lagi. Sedangkan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tidak menjadikan UMNO sebagai 'anjing suruhan' sebagaimana kerjasama PAS dengan DAP hingga menjadikan PAS sebagai 'anjing suruhan' DAP dalam Pakatan Rakyat. Buktinya dalam Barisan Nasional MCA dan MIC mendengar nasihat UMNO atas kepentingan negara, tapi dalam Pakatan Rakyat, PAS menjadi 'anjing suruhan' tahap pecacai yang mengikut sahaja apa saja yang dibuat oleh dan dikehendaki oleh DAP walaupun menjahanamkan agama dan bangsa, buktinya isu arak dan judi di Shah Alam serta isu buka puasa yang disertai acara keagamaan bukan Islam di sebuah pusat ibadat bukan Islam di Selangor, PAS sanggup menindas Pesuruhjaya PAS Selangor yang memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa serta negara kerana pimpinan PAS telah menjadi 'anjing suruhan' DAP yang terpaksa 'mengemis' bantuan politik untuk sokongan bukan Islam dan bukan bumiputera, inilah sikap PAS yang patutnya ubah jadi Parti Anjing Suruhan = PAS.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Encik Mohamad.

Anonymous said...

PAS parti penipu, kononnya ulamak, ustaz, ustazah, tok guru, tapi penipu, perosak masyarakat, dasar muka tak tahu malu, jenis manusia tak fikir dosa pahala, yang dipentingkan adalah politik, politik, politik, malahan dalam sembahyang pun mungkin fikirkan politik, politik juga gamaknya.

Anonymous said...

Parti Islam Se-Malaysia = PIS

PAS = Parti Anjing Suruhan (kepada DAP)

Anonymous said...

Ustaz, Ustazah, Tok Guru, Ulamak sebenar memperjuangkan kebenaran dan tidak bersikap asobiyah.

Tapi Ustaz, Ustazah, Tok Guru, Ulamak politik pula mempolitikkan dan memperalatkan agama demi mengejar pangkat, demi pangkat sanggup jadi 'anjing suruhan' kepada kafir harbi DAP. Tok Guru, Ustaz, Ustazah dan Ulamak PAS adalah tahap longkang, memalukan kerana sanggup jual maruah demi pangkat, jadi pacacai pun mereka ini sanggup. Dasar 'anjing suruhan' memanglah begini.

Anonymous said...

Sebenarnya PAS dah tak ada isu, hinggakan sanggup tuduh UMNO terlibat dengan kegiatan kongsi gelap sedangkan tak ada bukti pun, itu apa cerita ikut hudud?

Malahan sebelum ini pun PAS membela penjenayah yang ditangkap dan ditembak oleh polis apa cerita?

Sebenarnya PAS adalah pengganas sebenar, pembela penjenayah sebagaimana Nizar Jamaludin yang membela penjenayah di Perak.

Anonymous said...

Puak-puak DAP yang melindungi pusat judi tak berlesen, kedai arak tak berlesen, pusat hiburan tak berlesen dan ada kegiatan mungkar, tak pula PAS nak bising-bising, tapi UMNO yang tak ada kena mengena dengan kongsi gelap, sibuk pula PAS nak bising, sudah jelas PAS adalah sekadar 'anjing suruhan' DAP sajalah dalam Pakatan Rakyat, terkedek-kedek berlari-lari sambil terjelir lidah dan meleleh air liur ke sana ke sini demi 'tulang' (jawatan dan sokongan politik dua tiga kerat dari DAP).

pemerhati bebas said...

dulu suka jugak membaca ruangan komen dr blogger ibnuhashim mengenai artikel2 yang diterbitkan di sana sini...cuma akhir2 ni menampakkan kedangkalan yang nyata tentang fakta..apa perkaitan pertubuhan ni dengan UMNO..n xbukak sejarah ke selepas peristiwa 13 mei 1969 PAS bergabung dengan UMNO demi perpaduan MELAYU..skrg ckp UMNO pulak asobiyah yg akibatkan peristiwa berdarah...ni la bila lama sangat berkawan ngan DAPig pemikiran pon dah terpesong...harap leh muhasabah diri balik

Ali Ahmad said...

Tak ada hujjah, Pak Ibnu tak perlu jawab.. buang masa..

Papa Gomo said...

Haji Bogel jangan ambil kisah tu semua...Umno/kongsi gelap...PAS/Cerita Bogel

Boleh kawan tu, ada kongsigelap ada cerita bogel...Haji Bogel memang OK.

Tukang Jahit said...

Lu jangan layan Haji, kita tidak gomo semace dia, babi pun dia gomo.. Heee!

Anonymous said...

Puak-puak PAS mana berani berahdapan dengan kebenaran, mereka ini pengikut ajaran asobiyah PAS yang mengikut kitab Buku Jingga, sebab itulah boleh maki hamun, menghasut hingga masyarakat pecah belah, demontrasi liar hingga menyusahkan orang ramai, tok guru berserban pun demontrasi liar juga, tengah berjubah dan beserban sebesar bakul pun melompat-lompat macam orang tak senonoh.

Kepada puak PAS sekalian, Islam Mazhab apa yagn benarkan demontrasi liar, hasutan dan ceramah maki hamun sebagaimana yang dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat sekarang ini?

Selain itu, Hadi Awang, tok guru PAS kata tak boleh dakwa Anwar sebab tak ada bukti saksi lelaki beriman dalam kes liwat dan aksi lucah Ketua Umum PKR itu, kononnya yang menuduh itu perlu dihukum sebab tak bawa bukti 4 saksi lelaki beriman, hukum qazaf kata Hadi Awang, tapi bila Mahfuz Omar tuduh Dr. Rais sebagai perogol walaupun tak ada bukti saksi 4 lelaki beriman, malahan DNA pun tak ada, CCTV pun tak ada, Video pun tak ada, malahan yang kononnya kena rogol pun menafikan sekeras-kerasnya perbuatan itu, tak pula PAS ambil tindakan qazaf terhadap Mahfuz, malahan Mahfuz dibela dan dijulang sebagai wira kerana memburuk-burukkan Barisan Nasional, inilah tahap asobiyah tulen tinggalan Arab Jahiliah yang diamalkan oleh PAS sekarang ini, dari pemimpin hinggalah ke pengikut PAS pengamal asobiyah, tak percaya? Lihatlah kelakuan mereka, kelakuan orang pengamal asobiyah.

Anonymous said...

salam. genki7 kongsi gelap?
cube search google andrew chow kin mun. mati dibunuh. budak2 melayu yg bunuh. kenape dulu tak tersebar luas berite pasal ni? kenape pembunuh terlepas hukuman gantung? sebab main duit. rasuah merata rata. kenapa genki7 buat hari keluarga difitnah ritual kongsi gelap? kenape? SIMPANG 3 BUKIT KINTA, MAJLIS BUKIT KINTA yg bunuh membunuh tak tersebar luas beritanya. ini lah org melayu, dengki.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails