Saturday, January 22, 2011

PAS Akui Pengarah Abu Hassan Morad & Erma Fatima...

HALAMAN HIBURAN

Gambar bersejarah konflik agama dan isu penjagaan Natrah yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Kisah Natrah ini diteaterkan, arahan Erma Fatima.

KL 21 Jan 11: Penggerak Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam mengakui dan tidak menafikan wujud segelintir kecil mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh mendatangkan kesan positif filem atau teater Malaysia kepada penonton. Antaranya seperti Pengarah Haji Abu Hassan Morad dan Puan Erma Fatima.

Ketika ditanya tentang persediaan PAS menangani isu ini jika berjaya memerintah negara, Muhaimin menjawab, Dasar Perfileman 2005 sudah ada dan selepas menang, segala peruntukan dan penguatkuasaan boleh dilaksanakan sebaik mungkin. Sebelum itu beliau menyarankan supaya pendokong gerakan Islam di negara ini segera menggunakan ruang media filem yang sedang terbuka luas bagi menyampaikan mesej dakwah dan persoalan semasa kepada rakyat.

Aktivis sosial Islami yang baru menamatkan pengajian sains politik di University of Wales Triniti St Davies, United Kingdom.itu juga berkata, industri filem bernilai RM6 bilion ini sewajarnya menjadi lapangan baharu untuk gerakan Islam sertai dalam usaha mengharmonikan pemikiran dan tindakan positif rakyat. Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Industri Lakonan dan Dunia Artis Menurut Islam di Dewan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar anjuran Pemuda Persatuan Ulamak Malaysia (PUM).

Turut serta adalah Ketua Ulama Majlis Syura Sekreatariat Ulama Muda Umno (iLMU), Fadlan Mohd Othman lulusan bidang Hadis daripada Universiti Madinah dengan Editor Islamika PTS, Ustaz Zahiruddin Zabidi sebagai moderator. Bercakap lebih lanjut, Muhaimin berkata, mereka yang memperjuangkan perancangan dan ideologi sekular kelihatan lebih kehadapan dengan mengambil kesempatan sepenuhnya dari dahulu lagi.

Menurutnya, pihak yang tidak mendokong gerakan Islam ini sedang mewarnai bidang perfileman dalam negara ini sejak sekian lama tanpa sebarang gugatan dan mereka dengan semahunya mengaut keuntungan wang dan misi propaganda.

"Setakat ini tidak ada sebuah filem pun yang menceritakan kebaikan gerakan Islam khususnya PAS, dalam masa sama kebanyakan filem sarat dengan mesej negatif kepada penonton.

"Kita tidak menetapkan ciri-ciri sesebuah filem Islami itu mesti ada perlambangan seperti pelakon mesti berjanggut, bersongkok dan ada kalimah Arab di dalam skripnya namun natijah akhirnya mesti menyedarkan khalayak tentang kebenaran," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan, kelihatannya filem-filem bikinan barat lebih memberikan impak lebih berkesan berbanding kebanyakan filem hasil kerja tidak bermanfaat ke arah mendidik masyarakat terbitan syarikat filem dalam negara. (IH)

Sebelum ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails