Sunday, January 16, 2011

Blogger Dinasihatkan Bertanggungjawab -Nik Aziz

Majlis ramah mesra dan dialog dengan bloggers berjaya..

Antara kata-kata TGNAA yang tak dapat dilupakan ialah...... 'bertanggungjawaplah di atas setiap patah perkataan yang ditulis.....semuanya akan disoal diakhirat kelak.......

KL, 15 Jan 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan semua bloggers agar menulis dan menyebarkan kebaikan di mana sahaja dengan rasa tanggungjawab tinggi untuk menyampaikan Islam. Beliau berkata demikian di majlis ramah mesra dan dialog dengan bloggers di sebuah hotel dekat ini.

Majlis itu dikira berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan pengamal media alternatif khususnya. Turut berada di pentas terdiri daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan lima Exco Kerajaan Negeri; Datuk Husam Musa, Datuk Takiuddin Hassan, Wan Ubaidah Omar, Haji Abdullah Che Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan selaku penganjur majlis.

Sebelum itu Tuan Guru di dalam ucapannya menceritakan seawal 1967, beliau menceburkan diri di dalam bidang politik dengan kewajipan memperjuangkan Islam sebagai dasar perjuangan siasah selama ini. Menurutnya, dengan rasa kesedaran, kewajipan tinggi dan berada di dalam tanggungjawab itulah menyebabkan hasrat beliau untuk berundur diri, sehingga kini tidak dapat dilakukan.

Akhirnya, Tuan Guru menegaskan, tugas menyebarkan Islam bakal memasuki Syurga dan tidak melakukan kewajipan itu akan masuk Neraka. Sebaik Tuan Guru selesai berucap, majlis dibuka kepada penyertaan peserta yang terdiri daripada 200 bloggers yang berlegar seputar berbagai isu berbangkit dan semasa.

Antaranya blogger Ibnu Hasyim mengemukakan cadangan supaya blog Pakatan pada hari ini yang agak tertinggal dari blog pro kerajaan, perlu diberi perhatian segera supaya mampu menyaingi serangan blog pro kerajaan yang agak semakin kuat berbanding selepas pilihan raya ke 12 yang lalu. Kelemahan-kelemahan blog Pakatan seperti penyatuan isu, penyelarasan gerak gempur, kekuatan kewangan, makin bertambah blog yang menarik diri dan sebagainya perlu di atasi segera jika Pakatan mahu menumbangkan kerajaan BN dalam PRU ke 13 akan datang. (IH)

Bersama blogger Otai Ibnu Hasyim

(Gambar ini diangkat dari Al-brangi Online dengan komennya sekali... Terima kasih curi gambar sikit.)

Lihat liputan ini majlis ini..

1 comment:

Anonymous said...

Saya tak dapat bayangkan betapa kreatifnya PAS Kelantan bawah TGNA. Tapi sayangnya, tak ramai mereka yang berjawatan tinggi di peringkat pusat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails