Saturday, January 22, 2011

Bukan Senang Menang Di Tenang -Abdul Hadi

LABIS, 22 Jan 11: Bukan senang menang di Tenang. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata peluang Pakatan Rakyat untuk meramps kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang bermula hari ini adalah 50:50 tetapi “tidak mustahil” untuk menang.

Menurut Abdul Hadi, Pakatan yang meletakkan calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang.

“Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga Barisan Nasional (BN), tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

“Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada.

“Malah perubahan besar sudah berlaku di sini (Johor), BN juga hadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat,” kata beliau ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis di sini.

Pakatan Rakyat meletakkan Ketua Muslimat PAS Labis, Normala, bekas guru manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 38. Tambah Abdul Hadi, pengundi muda di DUN Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu. (IH)

Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails