Sunday, January 16, 2011

PAS, Bukan Islam, Cina, Nik Aziz & Mujaddid Abad Ini

Ibnu Hasyim di majlis Suakenal bersama Bloggers

KL 16 Jan 11: Di 'Majlis Suakenal Bersama Bloggers' yang diadakan di sebuah hotel dekat ibu negara malam semalam, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan terus memperingatkan blogger-blogger Pakatan Rakyat betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara, iaitu orang bukan Islam.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini.

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid pun kita larang, kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka," katanya.

Orang Cina Tubuh PAS & Pondok Pengajian Islam

Sebelum itu petangnya, di majlis "Hi-Tea Mee Goreng Tenang Bersama Adun Titi Serong & Blogger Ibnuhashim" anjuran PAS Kawasan Batu di Padang Balang, blogger Ibnu Hasyim mengatakan,

"Orang Cina terlibat dalam menaja dan menubuh PAS pada tahun 1951 di Pulau Pinang. Beliau pernah diamanahkan memegang jawatan Naib Yang di Pertua Agung PAS. Beliau adalah Haji Mansur JP".

"Saya masih ingat, saya pergi ke rumahnya pada tahun 80an bertemu anaknya bernama Murshid, menunjukkan kesan-kesan keCinaan yang masih ada seperti perigi, di belakang rumahnya di tengah Pekan Bayan Lepas Pulau Pinang.

"Kata Murshid, datuknya memang sudah Islam dari negara China, berasal dari daerah Kwantong. Waktu datang ke sini dulu rambutnya masih bertocang panjang seperti yang dapat dilihat dalam filem-filem Kungfu Cina."

Menurut Dr Hj Mohd Hasyim editor Blog Ibnu Hasyim lagi, Hj Mansur JP juga adalah orang yang pertama membina sistem pengajian pondok di pulau tersebut, di pulau yang tidak termasuk Seberang Perai. Biasanya 'pondok' menjadi sarang kegiatan Islam dan PAS.

"Kalau tuan-tuan melalui jalanraya dari Bayan Lepas ke Sungai Batu, Balik Pulau di sebelah kanan jalanraya simpang tiga, tuan-tuan akan lihat sebuah madrasah yang di anjungnya ada ukiran gambar 'kipas tradisi Cina'. Di situlah didirikan sistem pengajian pondok mengajar agama Islam." katanya.

Selepas generasi awalan itu, kita belum dengar lagi orang-orang Cina masuk PAS beramai-ramai kecuali menjelang di tahun 80an. Oleh itu tidak hairanlah bila kini Tuan Guru Nik Aziz, mengambil pendekatan berbeza dalam menangani orang-orang Cina supaya masuk Islam atau menyertai PAS.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata.." kata Tok Guru di majlis suakenal tersebut.

Mujaddid Abad Ini

Manakala di Shah Alam, dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama hari yang sama juga, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini."

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily. Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku itu. Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.

"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddid abad ini," kata beliau.

Oleh Megat Ali Megat Alang

4 comments:

Anonymous said...

Come on lah!! Mujadid abad ini ialah arwah Abuya. Tiada orang lain lagi.

Anonymous said...

kah kah murtad teruk woi pengkomen di atas aku nih!!!!

Anonymous said...

cuba bandingkan perjuangan Abuya dgan nik aziz...Abuya ada maki Nik Aziz??Abuya ada maki Mahathir??Nik Aziz n konco2nya maki kerajaan berjela-jela adela...OPEN YOUR EYES la...setakat Kelantan....Abuya tu dah smpai luar ngara...

Anonymous said...

Mujaddid tu bukan ke seorang yg memperbaharui. Setakat ni nak kata Nik Aziz mmperbaharui undang2 Islam tu stakat halal-haram je. Setakat bawak org Cina masuk PAS tu, blh je nak buat. Abuya dah mengislamkan berpuluh-puluh org bukan Islam dan mengenalkan mereka kepada Allah. Hingga tahap ke luar negara. Mujaddid zaman ini mestilah seorang yang global. Nik Aziz mungkin berpengaruh kt Malaysia, tp diluar Malaysia org x pndang tggi padanya seperti Abuya, Abuya dh ubah dunia secara global, xde org boleh nafikannya. Klu x, kenapa kerajaan Malaysia sendiri boleh rasa terancam dengan Abuya? Abuya bawa kasih sayang, bukan politik yg sebenarnya ideologi Yahudi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails