Saturday, January 22, 2011

Laporan Hari Penamaan Calon DUN Tenang.

HARI PENAMAAN CALON

9 - 10 pagi
- Calon menyerahkan borang masing-masing
10 - 11 pagi
- Tempoh bantahan
11 pagi - 12 tengahari
- Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding.

Labis 22 Jan 11: Cuaca cerah dengan suhu pagi yang dingin menyaksikan ribuan penyokong BN dan PAS berkumpul di tempat-tempat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhampiran pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis bagi proses penamaan calon bagi kerusi Tenang. Setakat ini, PAS dan BN sudahpun mengesahkan mereka akan bertanding.

PAS telah menamakan akan mencalonkan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38, bagi mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula meletakkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi mempertahankan kerusi BN itu. Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing. NONESemua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka mulai jam 9 pagi hingga 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada.

Nama-nama calon yang layak beertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti. Jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 30 Januari depan. Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil. NONE


Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang. Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno. Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi. (IH/Sumber Malaysiakini)

Pesan weblog Ibnu Hasyim:

Tenang-tenang air di laut
Hilang kabus tampaklah dia
Hati terkenang mulut tersebut
Pangkah bulan, itulah dia.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails