Friday, January 21, 2011

Ghani Othman Akui PAS Akan Tubuh Negara Islam

tenang by election 210111 abdul ghani othman

Tenang 21 Jan 11
: Dengarlah wahai kaum Muslimin, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui memang PAS berhasrat akan tubuh negara Islam.

Beliau berkata, “Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa,” katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Sikap melampau dan isu negara Islam adalah antara modal yang digunakan beliau ketika memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini. Abdul Ghani sebenarnya menggunakan modal yang sama seperti MCA dengan mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi BN untuk kesederhanaan.

Begitulah pemikiran UMNO dan pemimpinnya mengenai negara Islam yang perlu diketahui oleh seluruh kaum Muslimin di Malaysia. Sikap hipokrit dan munafik UMNO bila berdepan dengan sesama orang Islam, mengaku hendakkan negara Islam. Jadi orang Islam perlu menolak BN dalam pilihan raya kecil Tenang kali ini. Mereka perlu mengundi PAS untuk negara Islam, tetapi bukan negara Islam perkauman seperti yang difahamkan puak asobiah UMNO itu.

Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini. Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 200 hadirin masyarakat India sempena sambutan perayaan Thaipusam, malam semalam, Abdul Ghani berkata masyarakat di negeri Johor kaya dengan tradisi menghormati kaum walaupun berbeza agama dan dan pengamalannya.

Dalam ucapannya juga, Abdul Ghani turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberikan geran tanah, tempat kuil itu dibina - yang mula beroperasi sejak 2009. Bahkan katanya, kerajaan negeri "tidak ada masalah" untuk mengurniakan satu pertiga lagi tanah milik kerajaan negeri kepada pentadbir kuil tersebut untuk kegunaan kuil berkenaan. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Beragama...tapi ikut siapa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails