Sunday, March 14, 2010

Web Ajaran Sesat -Jamil Khir.. Umumkan Sesatnya


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyiasat laporan mengenai kewujudan satu laman web yang dipercayai mempunyai unsur ajaran sesat yang dikesan baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Inilah masalahnya sekarang.... ramai sangat orang yang cepat percaya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Oleh itu, kita akan segera pantau dan siasat perkara ini kerana kita tidak mahu laman web ini berleluasa dan mempengaruhi pemikiran masyarakat kita," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata, Jabatan Perdana Menteri akan menjalinkan kerjasama dengan agensi komunikasi dan multimedia yang lain bagi memantau aktiviti ajaran sesat yang disebarkan melalui internet dari semasa ke semasa.

"Saya fikir kita harus ada jalinan yang baik dengan syarikat mahupun agensi yang membabitkan jaringan internet ini kerana mereka antara yang boleh memantau perjalanan yang tidak sihat berlaku menerusi internet," katanya. (Sumber: Sedutan dari BERNAMA)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Elok juga diumumkan di mana sesatnya supaya orang ramai tahu, terutamanya penulis-penulis web dan blog.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails