Wednesday, March 17, 2010

Kesuburan Wanita Turun. Semak Semula Syariah -Shahrizat



KESUBURAN wanita Malaysia memang sudah menurun. Menurut kajian pada tahun 1991, ada tiga dan empat orang anak dalam sebuah keluarga tetapi bilangan itu menurun pada 2007 iaitu purata dua anak sahaja. Kata Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat juga berkata terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kadar kesuburuan wanita, antara lain, kahwin lambat atau menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan anak.

Dalam perkembangan yang lain, beliau juga akan berbincang dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom untuk menyemak semula beberapa isu Syariah. Katanya kini sudah tiba masanya untuk melihat kembali perkara tersebut kerana sebelum ini isu syariah terutama undang-undang keluarga Islam berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

"Saya akan bincang beberapa isu-isu syariah terutama untuk keluarga, kanak-kanak, isu-isu perceraiaan, nafkah, penjagaan kanak-kanak untuk tujuan semakan semula," katanya dalam program temuramah rancangan Hello Malaysia terbitan Bernama TV.

1 comment:

Anonymous said...

Bila kerajaan orang Islam sudah jadi tidak adil, tak telus dan tak laksana hudud dlm pemerintahan, Allah akan datangkan azabNya perlahan-lahan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails