Monday, March 15, 2010

Rakaman Latihan Tentera Al-Qaeda Di Hutan Aceh..




VEDEO rakaman 1 jam 15 menit 33 saat dari alufuq.wordpress.com ini, yang digelar pengganas di Aceh nampak bersenjatakan AK-47 dan M-16. Sebahagiannya sedang berlatih menembak didalam hutan. Pihak yang mengaku mengupload video ini adalah division Media Tandzim Al Qaeda Indonesia.

Video ini dimulai dengan mengutip ayat Al-Quran surat An-Nisa. Diselangi dengan berbagai photo dan video mengenai kes Talang Sari, Lampung, peristiwa Tanjung Priok, DOM di Aceh, rusuhan Poso dan Ambon. Video kemudian berlanjutan ke suasana dalam hutan Aceh diiringi rekaman ceramah dari Syaikh Abdulloh Azzam dan Usamah bin Ladin.

Sementara, suasana kem mereka juga dirakam. Puluhan orang sedang tidur dalam khemah-khemah sederhana di hutan tersebut. Mereka menjalani latihan fizikal seperti berlari dan menembak. Tetapi tidak nampak wajah yang jelas kerana sengaja ditutup.

Lepas itu terdapat
tiga orang sambil memangku senjata memberikan pernyataan agitasi tentang jihad. Namun sayang kita sudah tidak dapat lihat video itu lagi kerana blog Al Qaedah Aceh di Alufuq.Wordpress.com sudah dicurigai pihak Wordpress.
. Sila lihat klip video ini..



Komen Blog Ibnu Hasyim:

Pertama: Kita tidak bersetuju dengan menuduh mereka sebagai 'pengganas' atau teroris, kerana masih belum jelas keganasan mereka dan masih belum dibuktikan di mahkamah telus. Rakaman gambar seperti yang diperkatakan, masih belum boleh menjadi bahan bukti.

Kedua: Mantan pusat latihan tentera memang masih banyak di Aceh, hasil peninggalan pihak GAM (Gerakan Aceh Merdeka) terdahulu, yang menghentikan perjuangan mereka. Diberitakan masih ada pihak-pihak tertentu yang menggunanya, bahkan di sesetengah markas masih terpasang kamera oleh pihak tersebut.

Ketiga: Apakah ia suatu perangkap bagi mewujudkan 'kambing-kambing hitam' yang di'pengganas'kan bagi kepentingan puak-puak tertentu untuk merancang suatu fitnah ke atas Islam yang lebih besar lagi? Semuanya boleh jadi.. Wallahu 'aklam. (Pelbagai sumber 2MA)

Sila lihat ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails