Tuesday, March 16, 2010

Shahrizat, Mengapa Tak Siasat Rinci Kes-kes Begini?

MILA (kiri) dan Sara kini ketagih seks  selepas dirogol  kekasih  ketika masih di alam persekolahan.
Mila (kiri) dan Sara kini ketagih seks selepas dirogol kekasih ketika masih di alam persekolahan.

Berita Harian Online. 2010/03/15:
Remaja ketagih seks -
Tragedi dinoda kekasih, orang tak dikenali punca terjebak kancah hitam

KUALA BERANG: "Saya dipaksa melakukan hubungan seks dengannya (kekasih) ketika berusia 13 tahun di dalam semak berhampiran rumah tanpa kerelaan,” demikian pengakuan seorang remaja berusia 17 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mila, ketika menceritakan titik hitam terjebak dalam kancah seks bebas dengan beberapa lelaki.

Noda hitam dalam hidupnya itu akhirnya menyebabkan pelajar di sebuah sekolah di sini ketagihan seks dan sanggup memperdagangkan tubuh untuk keseronokan dan memuaskan nafsu liar, walaupun hakikatnya dia masih di bawah umur. Mila berkata, dia mula melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang berusia 20 tahun ketika dia berada di Tingkatan Satu dan masih meneruskan hubungan terlarang itu bersama beberapa lelaki sehingga kini, walaupun baru mengenalinya.

Dia yang pernah dibuang sekolah kerana bergaduh dan bercium dengan rakan lelaki di sekolahnya menceritakan, ibu bapanya tidak mengetahui kehidupan hitamnya kerana begitu mempercayainya.

"Pernah ibu bertanya mengenai tanda gigitan cinta di leher, tetapi saya bijak mengatakan digigit semut. Saya percaya ibu tidak mengesyaki apa-apa mengenai perangai buruk saya kerana sibuk menguruskan adik-adik di rumah," kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Mila berkata, ketika dia di Tingkatan Satu, dia pernah lari dari rumah kerana terlalu sayangkan kekasihnya itu dan menjalani hidup bagaikan suami isteri, hinggalah lelaki itu membuangnya daripada hidup dan meninggalkannya di tepi jalan.

"Saya sangat sedih ketika dia meninggalkan saya di tepi jalan seperti sampah selepas kami melakukan hubungan seks. Ketika itu jam 3 pagi dan saya buntu apa patut dilakukan lalu terus menghubungi bapa dan dia mengambil saya. Saya tahu keluarga sangat sedih dengan perangai saya, tapi saya sudah ketagih dan tidak dapat berbuat apa-apa," katanya tanpa sebarang riak kesal.

Seorang kawan rapat Mila yang mahu dikenali sebagai Zai, 17, berkata, dia turut ketagih seks selepas melalui episod ngeri dirogol orang tidak dikenali ketika berusia 13 tahun dan sehingga kini, dia sering melakukannya dengan rakan serta senior di sekolah.

"Sejak kejadian hitam itu, saya sering keluar dengan beberapa lelaki dan saya sukakan keseronokan keluar malam hingga tidak balik ke rumah untuk menghilangkan kebosanan. Tragedi noda itu berlaku apabila pada satu hari, teman lelaki saya mengajak keluar dan meminta menunggu di wakaf berhampiran rumah.

"Selepas beberapa jam menunggu dia tidak muncul, sehingga tiba-tiba seorang lelaki datang menawarkan untuk menghantar saya pulang, tetapi dia membawa saya ke dalam semak dan melakukan hubungan seks. Selepas itu dia mengajak melakukannya di sebuah pondok pula. Saya hanya mengikut kerana berada dalam keadaan khayal selepas mengambil pil kuda," katanya.

Zai yang sehingga kini sudah menukar lebih 20 teman lelaki berkata, dia tidak dapat membendung rasa ketagih melakukan hubungan seks dan kerap melakukannya di rumahnya, meskipun ahli keluarga ada di rumah.

Seorang lagi rakannya dikenali sebagai Sara, 16, yang turut mengalami ketagihan seks berkata, dia selalu ke Kuantan, Pahang dan tidur di hotel bersama kekasihnya sehingga dia dibuang keluarga yang malu memiliki anak sepertinya.

"Saya selalu makan pil kuda ketika bersamanya dan apabila berjumpa hubungan kami akan diakhiri dengan seks. Pernah saya tidur di rumah kawan dan ponteng sekolah selama dua minggu.

"Saya juga sering dijadikan ‘lauk’ oleh sekumpulan samseng jalanan. Saya dijadikan 'hadiah' kepada lebih 20 samseng jalanan yang menang dalam perlumbaan haram,” katanya selamba.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kes di atas adalah sebuah contoh terbaru, berlaku keruntuhan moral di kalangan remaja dan anak-anak gadis kita, daripada banyak kes-kes lain lagi. Anda juga boleh lihat dalam YouTube, web atau akhbar kisah-kisah nyata, di kalangan remaja, pelajar dan lain-lain. Cuba bandingkan dengan kes kahwin bawah umur yang disuruh siasat bersungguh-sungguh oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Antara katanya, “Satu siasatan yang terperinci perlu dilakukan oleh pihak berkaitan kerana janji mereka itu akan menarik hati ibu bapa yang tidak berfikir panjang seterusnya memperjudikan masa depan kanak-kanak tersebut.” Sila lihat ...
Mengapa dalam kes-kes seperti di atas, Shahrizat tidak bersungguh-sungguh mengarahkan membuat siasatan terperinci? Apakah ianya tidak termasuk dalam pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat? Atau memang ia meredhai atau sengaja membentuk corak generasi muda runtuh akhlak seperti yang dilahirkan oleh kerajaan UMNO dan BN sekarang? Tetapi bagi orang Islam dan beriman.. Na'auzubillahi minzalik!

1 comment:

Anonymous said...

Zina hanya merosakkan keturunan zaman berzaman.

Zina hanya merosakkan wanita...wanita bukan pemuas nafsu lelaki.

Semuanya terjadi sepanjang 52 tahun di jajah oleh BN/UMNO...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails