Friday, March 26, 2010

Majlis Syura PAS: Ahmad Awang Di Ketepikan?

Majlis Syura: Ahmad Awang tidak terima maklumat

KL, 26 Mac: Ustaz Ahmad Awang (gambar), bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS pagi tadi berkata, beliau tidak pula diberitahu oleh kepemimpinan PAS bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh majlis itu seperti yang dispekulasikan di dunia maya sejak dua hari yang lalu.

“Ana memang tidak ada menerima apa-apa lagi maklumat itu,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau secara peribadi telahpun memberitahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa beliau masih bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut demi memperkukuh parti.

“Ahad lepas, apabila Presiden singgah di Semangol (Perak), saya ada bertanya tentang perlantikan semula Majlis Syura dan beliau (Abdul Hadi) menjelaskan beberapa orang akan dilantik.

“Dari pertanyaan saya itu, Ayah Chik (Abdul Hadi) tentu faham bahawa saya masih bersedia untuk pikul tanggungjawab perkukuh parti walaupun saya tolak pelawaannya untuk saya dilantik semula menjadi Pesuruhjaya PAS (Perak) selepas muktamar lalu (2009),” ujarnya.

Maka, beliau berkata, tidak timbul persoalan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk memberi komitmen kepada parti seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Ini kerana, menurut beliau, perbualannya dengan Abdul Hadi jelas mencerminkan beliau bersedia memikul amanah tersebut demi memperkukuh parti.

“Kalau saya tidak berminat untuk menjadi (ahli majlis) syura, perkukuh parti, takkan saya bertanya Ayah Chik (Abdul Hadi) tentang perlantikan semula majlis syura,” ujarnya.

Ditanya tentang kaedah baru dalam perlantikan semula Majlis Syura Ulama, beliau berkata, kaedah tersebut sekadar menurut tatacara Perlembagaan PAS yang baru dipinda.

Katanya lagi, sepatutnya usia menjawat jawatan dalam majlis tersebut sehingga bulan September ini.

Namun, kesemua anggota Majlis Syura, termasuk dirinya bersedia untuk melepaskan jawatan lebih awal demi memudahkan pengurusan pentadbiran parti, tidak lebih dari itu.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, dengan tidak dilantik lagi Pesuruhjaya PAS membolehkan beliau memperkukuhkan parti dengan beberapa aktiviti dakwah yang lain.

Aktiviti dakwah tersebut, menurut beliau, termasuk membina sebuah pusat pendidikan dakwah di peringkat negeri.

“Sebenarnya saya tengah fokus tentang projek membina pusat pendidikan dakwah di sini, nak buat rumah anak yatim, kelas-kelas al-Quran, jadi saya perlu fokus mencari RM6 juta hingga RM7 juta,” ujarnya. (Harakahdaily.net/2MA)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tidak terima maklumat atau tidak diberi? Kalau sengaja tidak diberi.... kena siasat. Diketepikan? Atau ada yang berpolitik gaya Muawiyah Abu Sufian?? Maaf cuma 'sangka baik' dan islah..

Ada kaitan..

7 comments:

Anonymous said...

takkan tak faham kot.. kenyataan rasmi kata mereka yg dicalonkan oleh mesyuarat baru2 ni da dimaklumkan dah..

So kalau Us Ahmad Awang tak dimaklumkan means dia tak dicalonkanlah.. Pastu apsal yg bising2.. nak tolong PAS bukan hanya dgn jadi ahli majlis syura

gipun us ahmad awang terkenal sbg ahli majlis syura sessi lalu yg sgt bermasalah

Anonymous said...

pe hal pulak babitkan sahabat nabi Muawiyah?dia kan penulis wahyu..armada pertama laut yg m,enakluk/luaskan empayar Islam..ni guna buku sejarah tingkatan 4 dulu ke?..up grade la ilmu skeet..baca sahih Bukhari..bacalah buku seerah yg otontik sikit

pejuang pas said...

amat sedih saya bila baca kenyataan ust ahmad yg saya sudah kenali.perjuangan ustaz ahmad dalam pas sejak dia berkerja dalam kerajaan yg tidak takutkan tindakan.
sekiranya beliau di ketepikan oleh puak perpaduang ini jelas pas menuju kehancuran dari dalam.
tolongkan selamatkan pas dari puak terenganu dan segelintir pengikut tegar mereka terutama ust nasa.tolong jangan nafikan hakikat.

Anonymous said...

Muawiyah penulis wahyu..
kelakar la bro aku dengar kata2 lu. Penulis wahyu ke yg kerja laknat sahabat, bunuh sahabat, bunuh cucu nabi? setahu aku org munafiq je yg prangai gitu. (penulis wahyu ke penulis surat je..he2)

-anti syajar mal'unah-

Anonymous said...

muiawiyah tu jugak sahabat,tiada yg cerca beliau melainkan syiah..sila luaskan bacaan..bak mari cerita mana dia cerca sahabat lain..jgn ambi sumebr syiah sesat laknat tu

Zaini Abdullah said...

Yang berkocak lebeh itu air setengah tong..

Unknown said...

syiah sesat..jgn jd talibarut ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails