Tuesday, March 23, 2010

Kota Bharu Siber Plaza, Bakal Pusat ICT Terkenal -Nik Aziz

malaysiaflag022

malaysia-map-2

KOTA BHARU, 23 Mac: USAHA menjenamakan semula bangunan KB Bazar bagi menjadikan sebagai sebuah pusat ICT yang terkenal di negara ini sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui PKNK. Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan hari ini.

Katanya lagi, pada masa ini beberapa syarikat IT sudah beroperasi di KB Bazar termasuk syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan iaitu Darul Digital.

”Saya menaruh harapan tinggi dengan adanya syarikat-syarikat IT milik swasta dan kerajaan, ia akan menjadi pelengkap kepada Pusat Inkubator ICT yang baru ditubuhkan ini.

”Saya berkeyakinan usaha PKINK akan berjaya dengan sokongan dan bantuan semua pihak,” katanya.

Menurutnya, penjenamaan tersebut bakal merubah wajah dan nama KB Bazar kepada Kota Bharu Siber Plaza apabila segala prasarana Pusat Inkubator ICT siap dan beroperasi sepenuhnya. Di samping itu, penglibatan beberapa syarikat industri komputer yang akan membuka operasi di Kota Bharu Siber Plaza dalam jangka masa terdekat.

Beliau juga berkata, menjadi dasar kerajaan negeri untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan industri ICT dan multimedia kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan minda, akhlak, ekonomi dan sakhsiah demi pembangunan ummah.

Semenara itu, memandangkan semangat keusahawanan rakyatnya yang tinggi. maka Kelantan sedang melangkah maju dalam bidang berasaskan ICT dan multimedi. Oleh itu, pengerusi Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC), Tan Sri Abdul Halim Ali berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri dapat mempertingkatkan kemudahan infrastruktur ICT negeri. Katanya,

“Di samping itu menyediakan insentif yang bersesuaian sebagai pemangkin kepada usahawan-usahawan tempatan... Usahawan-usahawan di sini hendaklah mengambil peluang untuk terus maju dan berdaya saing secara sihat dalam era teknologi maklumat,” katanya pada majlis penyerahan sijil status MCS Malaysia Inkubator kepda ICT Incubator Centre Sdn Bhd di Kelantan Trade Centre hari ini.

Abdul Halim yang juga bekas Ketua Setiuasaha Negara berkata, MDeC mencetus dan merangka pelbagai program bagi memberi kesedaran untuk menarik lebih ramai penyertaan rakyat Malaysia menceburi bidang ICT dan multimedia. Katanya, sejak 2008 program-program bagi melahirkan lebih ramai usahawan ICT dijalankan di Kelantan antaranya ‘Technopreneur Academy Program’ dan ‘Idea Refinement Program’

“Hari ini hasil daripada program yang dilaksanakan telah lahir beberapa usahawan baru dalam bidang ICT dan Multimedia.

”Terdapat juga beberapa usahawan berjaya mendapat dana MSC Malaysia bagi membangunkan idea perniagaan ICT dan multimedia mereka.

“Di mana tahun lepas dua usahawan ICT dari negeri ini berjaya memperolehi dana bernilai RM150,000 setiap projek untuk membangunkan idea perniagaan ICT dan multimedia,” katanya.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota Exco, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Mohd Sabri Abdullah. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails