Wednesday, March 24, 2010

Gadis 16 Dipaksa Melacur, Mana Suara Shahrizat?


Gambar diatas Sharizat Jalil tanpa tudung dengan lelaki Yahudi Amerika, sementara gambar dibawah memakai tudung pula..

KUCHING, 24 Mac — Biro Pengaduan Awam (BPA) menyerahkan kepada polis dan Jabatan Kebajikan masyarakat kes seorang budak perempuan berusia 16 tahun dari Rawang, Selangor, yang didakwa dipaksa ibunya menjadi pelacur.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah berkata berdasarkan aduan yang diterimanya di Kuala Lumpur semalam, wanita berkenaan yang sudah bercerai dengan suami, dilaporkan sering bertukar pasangan lelaki setiap malam di rumah yang turut didiami anaknya itu.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa budak perempuan itu telah melarikan diri ke rumah neneknya di Kampar, Perak dan tidak lagi bersekolah kerana tidak tahan dengan sikap ibunya.

Murugiah berkata PBA berharap kes tersebut dapat diselesaikan melalui sistem timbang tara iaitu penyelesaian secara bermusyawarah yang diperkenalkan oleh biro tersebut sejak empat bulan lepas.

Beliau berkata melalui sistem timbang tara itu, pengadu akan bersemuka terus dengan pihak yang diadu dan tindakan perlu dilakukan dalam tempoh lima hari bekerja ataupun selewat-lewatnya dua minggu bekerja bergantung kepada kes yang diadu. (BERNAMA).

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau fasal kahwin (bukan paksaan) bawah umur melalaklah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Fasal lacur (paksaan) bawah umur ini bagaimana pula?

2 comments:

Anonymous said...

Kalau UMNO ambil berat menangani masaalah sosial negara kita, tentulah bilangannya semakin MENGECIL.

Tapi orang politik UMNO leka buat duit melalui cara yg tak sah. Asal jadi duit...

Ada ANDA kenal orang politik UMNO yg papa kedana mcm kita?

Anonymous said...

ko igt knp setan sudin tu larikan budak 12thn tu lepas konon nye diergn nikah??klu die yg di jalan benar? heii ko tahu laki tu pedophile. kalo ko sokong kes tu aku nak tgk ko sendiri nikah kan ur future 12 yo daughter yg ntah baligh ke tak lg kat laki mcm tuh. klu ko tak mampu nk bwat tu, ko jgn ckp byk ckp cos jgn smpai hal ni jadik kat ank ko jgk bai. nyesal sampai mampus pun xguna.. pstu ada la sorang member wa ckp, bagus la cos nak kurang kan kes cam arwah nurinjazlin tu, pale hotak hang.kalo hang dah rase cam nak ikut sunnah ras
ulullah saw. hang tgk diri balik, wahhhhh yg wajib pun tunggang langgang jgn harap aku nk pecaya yg sunnah yg ko wat tu ikhlas tuk ALLAH. BUKAN TUK MANUSIA MENILAI AMALAN HAMBA YG LEN,TP YG SALAH TTP SALAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails