Tuesday, March 23, 2010

Wayang Kulit, Makyong & Menora, K/Pusat Patut Ikut K'tan..

HALAMAN HIBURAN




KL. Mac 23, 10: BLOG Ibnu Hasyim menyokong cadangan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar penggiat seni wayang kulit mengubah pendekatan dengan mengisahkan tokoh agama dan pahlawan Melayu silam dalam persembahan mereka bagi menggantikan cerita-cerita dongeng yang tidak membawa faedah kepada masyarakat dan negara.

Kata Tok guru Nik persembahan wayang kulit cara lama dengan menampilkan watak seperti Hanuman Kera Putih dan Raja Serama adalah cerita dongeng yang tidak membawa faedah dan tidak masuk akal. "Sebab itu, kerajaan (negeri) mengharamkan pertunjukan wayang kulit mengikut kaedah lama-lama dan mencadangkan supaya diadakan dalam bentuk baru yang mengisahkan pahlawan Melayu atau tokoh-tokoh agama yang banyak terdapat di negara ini seperti Tok Kenali, Tok Janggut dan Pahlawan Mat Kilau," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Nik Aziz berkata penampilan watak-watak seperti itu boleh diterima dan dapat menambahkan ilmu sejarah kepada penonton berbanding penampilan watak cerita-cerita dongeng sebelum ini. Katanya kerajaan boleh melonggarkan syarat-syarat pertunjukan hiburan dan kesenian tradisional jika diubahsuai mengikut enakmen hiburan dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Bagaimanapun, katanya, persembahan makyong dan menora tetap diharamkan kerana watak lakonan dalam persembahan itu melibatkan percampuran lelaki dengan wanita dan kisahnya tidak boleh diubahsuai.

"Kerajaan Pusat yang mengaku Islam sebagai agama bagi Persekutuan kena belajar-belajar dari Kelantan, betulkan acara hiburan supaya sejajar dengan kehendak-kehendak agama.. Apakah kerajaan BN masih seronok melihat rakyatnya berkekalan dengan dosa hiburan maksiat di negara ini, sehingga Allah SWT menimpakan bencana?" Kata editor Blog Ibnu Hasyim, Hj Mohd hasyim. "Orang bukan Islam pun tidak mahu jenerasi mereka dirosakkan oleh hiburan yang meruntuhkan moral.. ". Minta dijauhkan Allah!

by ASYOK KUMAR

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails