Tuesday, March 23, 2010

APCO: Siapa, Apa & Berapa Kerajaan Bayar -Anwar


KUALA LUMPUR, 22 Mac: “Saya mahu menyoal Perdana Menteri kerana jawapan lisan yang diberikannya tidak cukup untuk rakyat. Saya minta kerajaan menjelaskan apakah peranan sebenar Apco, berapa yang kerajaan bayar, siapa Apco, apa peranan dia Apco,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu Apco Worldwide, syarikat perunding yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’.

Sehubungan itu, Anwar meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan dengan lebih terperinci kepada rakyat berhubung status sebenar Apco Worldwide di sisi kerajaan Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika bercakap di lobi Parlimen petang tadi berkata, jawapan lisan oleh Najib di Dewan Rakyat sebelum ini adalah tidak memadai.

“Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus,” jelas Najib sebagaimana dipetik dari teks jawapan lisan yang dikeluarkan Parlimen.

“Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh.”

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan kesediaan memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaannya sebelum ini, ‘1Malaysia ciplak 1Israel’, sebagaimana yang diminta Dewan Rakyat menggunakan Aturan Mesyuarat 36(1A).

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana pun, Anwar mempunyai tujuh hari untuk membuat penjelasan lanjut berhubung status Apco dan pengaruh zionis-Israel dalam Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib kerana isu tersebut kian panas sejak Anwar mendakwa ‘Satu Malaysia ciplak Satu Israel’, semalam, walaupun dalam suatu sidang media yang lain di Parlimen, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, Anwar sebenarnya tidak perlu memberikan penjelasan lanjut tentang ‘Satu Malaysia’ dan APCO itu. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Najib kata: Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh.

Menolong BN supaya menang dlm pilihanraya umum nanti?
Atau menolong Malaysia menjadi negara yg hebat...tanpa rasuah & kroni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails