Tuesday, May 05, 2009

Mansuh PPSMI: Sasterawan Negara Tak Perlu Lucut Gelaran Walaupun Sanggup.


KL Selasa Mei 5, 2009: 5 Sasterawan Negara melahirkan sokongan terhadap kempen menggesa dimansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 2 dari mereka sanggup melepaskan gelaran masing-masing, iaitu Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Prof Muhammad Haji Salleh.

Mereka membayangkan sanggup melepaskan gelaran berkenaan jika ia menjadi faktor penghalang untuk menyuarakan bantahan mereka. Kedua-dua mereka menegaskan, tindakan susulan bagi memansuhkan PPSMI akan tetap diteruskan melalui usaha secara individu mengikut bidang masing-masing memandangkan terdapat beberapa Saterawan Negara yang telah uzur. “Kami masing-masing menjalankan tugas mengikut dunia kami tersendiri, usaha berbeza tetapi matlamatnya sama. Kami memang sanggup (lepaskan gelaran), kalau dikiranya sasterawan negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya," kata A Samad pada sidang media di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di sini, hari ini.


Tiga lagi Sasterawan Negara yang menyokong bantahan tersebut ialah Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Abdullah Hussain dan Datuk Noordin Hassan. Bagaimanapaun ketiga-tiga mereka tidak dapat hadir pada sidang media tersebut kerana mempunyai masalah kesihatan. A Samad berkata, beliau akan berusaha keras dalam memastikan PPSMI dihapuskan dan sanggup untuk turun ke bawah bagi ‘merakyatkan’ orang ramai agar sedar mengenai dasar yang dikatakan menjadi ancaman kepada bahasa Melayu itu.


Ditanya sama ada pihaknya sudi untuk membincangkan isu itu sekiranya dipelawa oleh kerajaan, A Samad berkata, mereka tidak akan menolaknya sekiranya perbincangan itu diadakan dengan baik. “Kalau pelawaan kerajaan yang baru baik... kita akan sambutlah dengan baik, tetapi kami tidak mahulah pertemuan ini hanya kiasan sahaja,” katanya.


Jelas beliau, kerajaan perlu mengakui hakikat bahawa dasar PPSMI adalah salah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan. “Mereka perlu mengakui kesalahan dalam melanggari Perlembagaan. Tidak ada gunanya dibetulkan yang lain kalau Perlembagaan itu dilanggar,” katanya. Sementara itu, Muhammad pula mendakwa, isu PPSMI merupakan satu musibah kepada nasib bangsa Melayu dan perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada bahasa-bahasa besar lain yang katanya mempunyai martabat yang tersendiri.


“Tidak pernah orang cuba sentuh bahasa Perancis. Cuba anda ubah bahasa itu kepada bahasa Inggeris, pastinya orang Perancis akan marah kerana mereka yakin bahasa mereka bahasa terbaik di dunia," katanya.


Beliau bagaimanapun menyokong dasar kerajaan untuk memperluaskan penguasaan bahasa Inggeris, namun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipinggirkan. Kelima-lima sasterawan itu turut menggariskan beberapa hujah yang menyokong bantahan mereka terhadap PPSMI. Antaranya ialah pencapaian bahasa Inggeris boleh diperbaiki dengan kaedah pengajaran yang lebih berkesan dan sikap terhadap bahasa yang lebih sihat.


"Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang juga bukan saja datang dari negara-negara berbahasa Inggeris tetapi lebih banyak dari negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh. "Selain itu, beberapa masalah yang dihadapi di negara kita bukan berpuncakan penguasaan bahasa Inggeris kurang cekap tetapi pada budaya kerja yang tidak rapi dan disiplin yang tidak ketat," katanya.


Namun komen Blog Ibnu Hasyim: Sasterawan Negara dan pejuang-pejuang bahasa kena terus lipatgandakan kempen jangan undi BN pada pilihan raya datang, dengan seluruh kuasa yang ada pada mereka. Itulah pengajaran yang amat wajar untuk BN yang tidak peka kepada rakyat. "Tetapi gelaran bagi Sasterawan Negara itu tak perlu dilucut atau dilepaskan, kerana bukan anda yang langgar perlembagaan, tetapi mereka!!" jelas editor blog kepada mereka. (Sumber Mstar dll 2MA).

1 comment:

Shahabudeen Jalil said...

bahasa lambang peribadi. Kalau nabi berdakwah ikut cara parpukari, nescaya Islam tidak akan berkembang.

Hujah di atas sudah memadai untuk menunjukkan perjuangan parpukari yang salah.

Saya secara peribadi tak tahu siapa yang main bomoh atau letak benda2 ini. Tak tahu bermakna tak tahu.

Kalau tak tahu, tapi membuat tuduhan, ini bermakna membuat fitnah.

Kalau tahu, kemukakan bukti. Simple as that.

Sesiapa pun boleh letak, PR ke, BN ke, orang luar ke, siapa pun tak tahu. Lebih baik diam dalam situasi ini.

Lebih banyak bercakap macam parpukari menunjukan level pemikiran yang rendah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails