Thursday, December 01, 2022

PRN: PH, BN gaduh? PM MoU elak tergugat. Dominasi Melayu.

 

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

1. PH, BN akan bergaduh rebut kerusi ketika PRN

KOTA BHARU: PAS tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (BN) dan Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, seperti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bagaimanapun berkata, jika kerjasama itu terjalin, pihaknya menjangkakan kedua-dua gabungan itu akan bergaduh berhubung isu pembahagian kerusi.

"Boleh jadi mereka guna kaedah sama seperti di DUN Tioman, namun kita tidak pasti. Mereka mungkin akan bergaduh kerana masing-masing mahukan kerusi.

"BN sudah tentu mahukan kerusi mereka, begitu juga dengan PH. Macam mana mereka nak selesaikan isu berkenaan dan perkara ini akan menjadi masalah.

"Jika lihat kenapa UMNO dan BN menolak kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN), kerana mereka mahu kerusi yang banyak. Itu antara faktor utama mereka putuskan hubungan," katanya selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, PH mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon BN di PRU15 DUN Tioman sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, dilaporkan berkata, bagi memenangkan calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, yang mewakili Kerajaan Perpaduan ini, jentera pilihan raya PH akan bergerak secara bersama dalam setiap kempen BN.


2. PM wajar laksana MoU dengan parti penyokong elak gugat kestabilan kerajaan 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan November 2022 di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada mana-mana parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan sehingga Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk.

Akhirnya, pada Khamis lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 apabila Yang di-Pertuan Agong pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Pembentukan Kerajaan Perpaduan dengan sokongan secara 'enbloc' daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN) serta beberapa pihak lain memberi Anwar kelebihan majoriti dengan lebih dua pertiga di Parlimen.

Biarpun Kerajaan Perpaduan dilihat sebagai penyelesaian kepada situasi Parlimen tergantung yang dihadapi negara pasca PRU15, konsep itu dianggap rapuh dan tetap berisiko mengundang ketidakstabilan jika tiada usaha dilakukan untuk memperkasakannya.

Penganalisis Politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berpandangan Anwar berdepan tugas berat untuk memastikan kelancaran pentadbirannya kerana situasi Kerajaan Perpaduan berbeza dengan kerajaan majoriti yang dimenangi sesebuah gabungan.

Jelasnya, kaedah diguna pakai dalam pelantikan anggota Kabinet sebelum ini sudah tidak boleh digunakan untuk memastikan kekuatan ikatan dalam kalangan parti gabungan menjadi lebih kuat.

"Sudah pasti selepas ini akan ada pembentukan Kabinet dan ia tidak boleh berdasarkan nisbah kepada bilangan kerusi dimiliki PH atau GPS semata-mata. Ia mesti berubah, misalnya daripada blok yang sedikit, perlu diberikan ruang yang banyak dalam Kabinet.

"Maka dengan kaedah itu dapat mengikat Ahli Parlimen daripada BN sebagai contoh, untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk Perdana Menteri," katanya kepada BH.

Beliau berkata, jika ikatan antara parti politik yang menyokong Anwar terlerai, Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya berisiko untuk tumbang seperti mana yang berlaku di luar negara.

Konsep Kerajaan Perpaduan pernah dipraktikkan di beberapa negara antaranya Itali, Greece, Afghanistan, Kenya dan Indonesia bagi memecah kebuntuan kepada ketidakstabilan politik yang dialami.

Namun, konsep terbabit tidak memihak kepada Itali apabila Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan pada Februari 2021 dan dipimpin Perdana Menteri Mario Draghi hanya mampu bertahan selama 18 bulan.

Kerajaan pimpinan Draghi tumbang pada Julai lalu selepas tiga daripada rakan pakatannya menarik sokongan mereka dalam undi percaya sehingga memaksa Perdana Menteri itu menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden, Sergio Mattarella.

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfik berkata, keadaan serupa boleh berlaku di Malaysia terutama ketika UMNO bakal berdepan dengan pemilihan parti itu dalam tempoh enam bulan akan datang.

Katanya, apa yang dibimbangi adalah jika pemilihan UMNO tidak memihak kepada presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat amat 'akrab' dengan Anwar.

"Bagi saya selain daripada ikatan menerusi jawatan Kabinet itu sendiri, kena ada satu perjanjian persefahaman (MoU) atau perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) terbuka dan jelas yang boleh dilihat oleh rakyat.

"Ini bagi memastikan supaya Ahli Parlimen yang ingin bertukar arah, berfikir dua kali supaya mereka malu kepada rakyat yang memilih mereka dan tidak sewenang-wenangnya bertukar parti sehingga meruntuhkan kerajaan.

"Jika dahulu, CSA antara kerajaan dan pembangkang tetapi bagi saya tidak ada masalah kita perkenal CSA dalam kalangan komponen parti kerajaan itu sendiri," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi Dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berpandangan Anwar perlu memupuk persefahaman dan kerjasama mantap dengan parti yang bersekutu dalam Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya, paling mustahak ialah Anwar perlu mendengar, meraikan dan tidak boleh bersifat Perdana Menteri yang berpaksi kepada PH semata-mata.

"Cabarannya adalah bagaimana nak menguruskan perbezaan pandangan parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan ini kerana parti yang menganggotai kerajaan ketika ini asalnya adalah musuh politik dan tentunya mereka mempunyai pandangan berbeza.

"Jadi Anwar mesti memupuk kerjasama yang mantap, tidak perlu melayani kehendak individu atau pertubuhan tertentu misalnya BERSIH yang menolak pelantikan menteri kalangan mereka yang ada kes mahkamah.

"Apa hak BERSIH untuk menentukan? Sedangkan dalam sistem mahkamah, sistem keadilan kita ini, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah," katanya.


3. Dominasi undi Melayu bentuk kumpulan besar politik baharu 

PRU-15 dalam sejarah Malaysia menyaksikan 21.17 juta pengundi rakyat Malaysia paling ramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada 19 November 2022 lalu, berbanding jumlah pengundi seramai 14.94 juta lebih pada PRU14.

Peningkatan sebanyak 29.43 peratus iaitu kira-kira 6.23 juta jumlah rakyat yang telah keluar mengundi kali ini melibatkan pengundi baharu terdiri daripada komposisi anak muda 18 tahun dan 21 tahun ke atas setelah Parlimen meluluskan pendaftaran pengundi 18 tahun ke atas secara automatik.

Menurut data yang dibuat oleh Strata Analytica, setiap kumpulan gabungan politik dilihat menerima kesan peningkatan jumlah pengundi mereka iaitu sebanyak 3.6 peratus bagi Pakatan Harapan (PH), 1 peratus bagi Barisan Nasional (BN) manakala PERIKATAN NASIONAL (PN) menerima peningkatan tertinggi sebanyak 43.7 peratus, parti terbesar menerima peningkatan pengundi yang memilih mereka bagi PRU-15 kali ini.

Gabungan baharu ini sebelum itu diambil dari jumlah pengundi PAS atau Gagasan Sejahtera sebanyak 2 juta pengundi pada PRU14 dan kini PERIKATAN NASIONAL meningkat kepada 4.6 juta pengundi seterusnya menjadi antara kumpulan gabungan parti terbesar di negara ini yang terdiri daripada Parti PAS, BERSATU, Gerakan, SAPP dan STAR.

Keputusan ini juga melihat Parlimen-parlimen kawasan yang mempunyai jumlah lebih 70 peratus pengundi Melayu kini memilih gabungan PERIKATAN NASIONAL, menjadikan PN sebagai wakil utama suara kaum Melayu dan Bumiputera di Parlimen Malaysia kali ini.

Manakala Umno yang dilaporkan di media mempunyai lebih 3.4 juta ahli seluruh Malaysia hanya menerima 3.2 juta pemilih teras termasuk pengundi bukan-Melayu atau bukan ahli Umno bagi PRU kali ini. Tinjauan melihat ada di kalangan sejumlah besar ahli Umno yang tidak mengundi parti BN kali ini telah tetapi mengundi PN, terutama di Perlis, Pahang, Perak dan Selangor.

Hampir keseluruhan saluran anak muda dan pengundi awal mewakili kakitangan kerajaan dan perkhidmatan awam dimenangi solid oleh PERIKATAN NASIONAL, malah PN juga menerima undi yang baik di kalangan anak muda di kawasan-kawasan majoriti bukan-Melayu. 

Ahli Parlimen Melayu dalam PH dilihat terus kekal menang dengan mengharapkan pengundi bukan-Melayu dan Bumiputera untuk terus kekal memilih mereka pada PRU kali ini dengan harapan suara-suara dan tuntutan mereka juga dibawa ke Parlimen dengan 81 kerusi dimenangi mereka kali ini.

Manakala 73 kerusi yang dimenangi PN merupakan perubahan corak pengundian besar kali ini, menjadikan PERIKATAN NASIONAL perlu memainkan peranan mereka dengan teguh dan berprinsip bagi mewakili suara anak muda dan masyarakat Bumiputera Melayu serta kakitangan awam yang solid memilih wakil rakyat mereka ke Parlimen sesi kali ini.

Kekuatan gabungan PN bersama GPS, GRS dan sebahagian Ahli Parlimen BN dan bebas pada awalnya memberikan akuan sumpah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masih tidak kesampaian, dan kini PN menjadi satu-satunya parti tunggal membuat blok pembangkang bagi memegang kepercayaan dan suara pengundi mereka.

SHEHDI HAZRIK SHAMSUDIN 
29 November 2022 – HARAKAHDAILY 29/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimPRN: PH, BN gaduh? PM MoU elak tergugat.  Dominasi Melayu.

Ini dominasi Melayu...

Kekuatan gabungan PN bersama GPS, GRS dan sebahagian Ahli Parlimen BN dan bebas pada awalnya memberikan akuan sumpah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masih tidak kesampaian.  

Al-hamdullah kini, PN menjadi satu-satunya parti tunggal membuat blok pembangkang bagi memegang kepercayaan dan suara pengundi mereka.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

Kerusi pkr pun ciput jer. Cuma sebab licik dan majoriti disokong oleh komunis dapig. BN pun dari kalangan pimpinan. Akar umbi x sokong pun.

Sekalong tahniah ismail sabri dan hishamuddin tun hussein.

Anonymous said...

Dalam ucapan Bang Non Rafizi Mat Sabu DAP bukan main terkinja terpekik terlolong menentang rasuah, penyamun pencuri menentang perompak, menentang lanun. Bila tubuh kerajaan, panggil yang jenis-jenis haramjadah ini untuk cukupkan jumlah. Macam mana nak suruh PN terima broo..?

trowluck said...

Hmmmmmmm ..sebab BN gabung PH...kalau BN gabung PN, semua maki hilang dari walaun

Anonymous said...

Tawaran MB perak beb...bodoh le kalau tak terima!!!!Haram jadah punya manusia melayu seekor ni!!!!

Anonymous said...

Gelombang baru. Mereka meninggalkan pkr. Mereka meninggalkan umno. Mereka menyokong parti yg bersih dan bebas rasuah. Mereka menyokong pas. Mereka menyokong bersatu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails