Wednesday, November 30, 2022

PN susun 'Kabinet Bayangan'.. PH mula pyswar..

 

1. PN susun 'Kabinet bayangan' untuk semak, imbang Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyusun 'Kabinet bayangan' dengan kepakaran dimiliki gabungan itu akan bertindak sebagai semak dan imbang kepada Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin, berkata PN bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia, demi menjamin kemaslahatan negara.

Beliau juga optimis kerjasama antara kerajaan dan pembangkang boleh terjalin sepertimana sebelum ini untuk bersama-sama menyelesaikan masalah negara dan mengangkat Malaysia kembali ke persada dunia.

"Kita dalam usaha menyusun 'Kabinet bayangan' atau kepakaran melalui kementerian-kementerian. Apatah lagi, kita pernah memimpin sebelum ini di bawah kerajaan PN dan kerajaan Keluarga Malaysia.

"Saya yakin 'template' (acuan) yang sama juga akan dibawakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kita mewujudkan satu kekuatan yang ampuh," katanya ketika bercakap pada program bual bicara di sebuah stesen televisyen malam tadi.

Khairil Nizam berkata, selain sokongan kepada Kabinet, pembangkang juga boleh memainkan peranan penting dalam menggerakkan agenda transformasi Parlimen.

"Kalau ditakdirkan ada badan atau jawatankuasa yang diperlukan untuk pembangkang menjadi ketuanya, mengapa tidak? Sebelum ini pun, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kita berikan kepada DAP untuk mengetuainya.

"Sewajarnya, segala fasiliti dan prasarana untuk memastikan kita dapat mencapai sasaran ditetapkan kepada setiap jawatankuasa terbabit maka perkara itu akan diperkasakan oleh pihak kerajaan khususnya di bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya.

PN sebelum ini memutuskan untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan meskipun diajak untuk bekerjasama oleh Anwar, sebaliknya memilih untuk menjadi pembangkang.


2. PH memulakan pyswar dengan kenyataan-kenyataan menyerang kumpulan penentang Zahid 

PH memulakan pyswar dengan kenyataan-kenyataan kononnya pelantikan Ismail, Hisham dalam Jemaah Menteri akan cetus kegelisahan bagi menghalalkan Anwar 'buang' mereka. Anwar bijak memainkan sentimen termasuk menghalalkan cara kerja dia. Baca dia bawah anda akan tahu siapa orang Anwar. Anwar ada ramai orang-orangnya termasuk di istana.

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar tidak memberikan jawatan dalam Jemaah Menteri kepada bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan bekas menteri kanan Hishammuddin Hussein, dengan berkata tindakan sebegitu tidak bijak dari segi politik.

Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia berkata, pelantikan mereka mungkin mengecewakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana kedua-dua pemimpin Umno itu menolak PH.

Beliau berkata, Ismail dan Hishammuddin telah menegaskan sebelum pembentukan kerajaan perpaduan Anwar bahawa mereka tidak mahu Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan PH.

“Memberi mereka jawatan dalam Jemaah Menteri akan memperkasakan mereka dalam Umno dan ini bukan sesuatu yang Hishammuddin telah menegaskan sebelum pembentukan kerajaan perpaduan Anwar bahawa mereka tidak mahu Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan PH.

“Memberi mereka jawatan dalam Jemaah Menteri akan memperkasakan mereka dalam Umno dan ini bukan sesuatu yang Zahid mahukan,” kata Azmil kepada FMT.

“Perdana menteri tidak perlu memikirkan perasaan (Ismail dan Hishammuddin) ketika membentuk Jemaah Menterinya, kerana beliau perlu mengekalkan Umno dalam kerajaan. Ini memerlukan kerjasama dengan Zahid dan sekutunya.”

Semalam, sumber memberitahu FMT bahawa Jemaah Menteri Anwar mungkin tidak menyenaraikan Hishammuddin dan Ismail kerana mereka menentang kerjasama antara BN dan PH, walaupun mereka berpengalaman luas dalam kerajaan.

Seorang lagi ahli akademik, Wong Chin Huat daripada Universiti Sunway berkata, terpulang kepada kepimpinan tertinggi Umno atau mana-mana parti dalam kerajaan perpaduan untuk mencadangkan siapa dalam kalangan Ahli Parlimen mereka patut berada dalam Jemaah Menteri.

“Jika Umno mahu Hishammuddin dan Ismail, saya tidak fikir Anwar akan menolak mereka,” katanya.

“Tetapi jika mereka tidak mahu melantik kedua-dua (tokoh itu), mengapa Anwar perlu mengambil risiko yang boleh meretakkan kerajaannya disebabkan dua daripada 30 Ahli Parlimen BN ini?”

Anwar dijangka menamakan barisan Jemaah Menterinya minggu ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PN susun 'Kabinet Bayangan'.. PH mula pyswar..

Pertarungan PH dan perjuangan PN, akan berterusan...

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails