Wednesday, November 30, 2022

Tuntutan Dong Zong jika dipenuhi... & Melayu Tioman.

 

Tan Sri Rais Yatim berkata, Dong Zong tidak wajar menghidupkan semula gesaan mengenai UEC ketika pembentukan Kabinet belum dimuktamadkan lagi.

1. Tuntutan Dong Zong jika dipenuhi berisiko, petanda buruk masa depan pendidikan negara

KUALA LUMPUR: Gesaan berterusan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) diiktiraf kerajaan, adalah berisiko dan menjadi petanda buruk kepada masa depan pendidikan negara.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, berkata tuntutan itu perlu diteliti secara mendalam oleh kerajaan, kerana UEC dilihat boleh menyebabkan pertembungan terhadap sistem peperiksaan sedia ada yang diamalkan dalam pendidikan negara.

Mengulas lanjut, katanya, Dong Zong tidak wajar menghidupkan semula gesaan itu pada ketika pembentukan Kabinet belum dimuktamadkan lagi.

"Saya dapati tuntutan itu berbentuk menggertak sedang kerajaan baharu sahaja dibentuk. Ia mencerminkan pendirian 'opportunist' mereka, isu pengiktirafan ini menyentuh berhubung kestabilan pendidikan negara dan perlu diteliti lebih mendalam.

"Namun saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah biasa dengan 'gelagat' ini. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan kelak perlu mengambil kira untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi menjawab segala tuntutan ini.

"Ini kerana kerajaan tidak boleh berdiam diri, sebaliknya perlu bersedia mempertahankan hak pendidikan nasional yang mengandungi sifat asas dan tidak boleh diketepikan dengan adanya pensijilan baharu," katanya kepada BH, di sini.

Semalam, Dong Zong memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional, ketika sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuatnya ketika pentadbiran kerajaan PH sebelum ini supaya UEC diiktiraf.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.

Bangunan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kajang. - NSTP/Aizuddin Saad

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji dasar UEC pada Oktober 2018 dan berjanji untuk mengiktiraf sijil pendidikan berkenaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada masa sama, Rais berkata, pihaknya mahu isu berhubung pengiktirafan ini menemui titik noktah kerana ia tidak boleh menyebabkan berlakunya situasi duri dalam daging apabila gesaan mengenainya sering dibangkitkan.

Beliau berkata, negara tidak memerlukan terlalu banyak peperiksaan kerana yakin ada intipati tertentu dalam UEC itu boleh diserapkan dalam sistem pendidikan nasional.

Katanya, dalam masa sama kerajaan juga perlu meningkatkan standard pendidikan awam di negara ini, bagi memastikan lebih ramai kaum bukan Melayu berminat memasuki sekolah kebangsaan.

"Kenapa perlu dibuat dua peperiksaan di negara ini, sedangkan saya yakin ada perkara dalam UEC yang boleh diserapkan sahaja dalam sistem pendidikan.

"Saya suka menggesa supaya pendidikan di sekolah kebangsaan perlu dibuat pembetulan di semua peringkat supaya pelajar Cina, misalnya berminat untuk belajar di sekolah kebangsaan.

"Kita tidak mahu menerima pensijilan, mereka namun saya tidak nampak adanya peningkatan standard bagi capaian pendidikan di sekolah kebangsaan, sebaliknya ramai pula pelajar Melayu yang beralih ke sekolah jenis kebangsaan.

"Saya rasa ini satu dilema yang perlu diatasi oleh menteri pendidikan baharu nanti apabila selesainya pembentukan Kabinet kelak," katanya.


2. Penduduk Melayu Tioman tolak kerjasama BN-PH 

Pesurujaya PAS Pahang Ustaz Rosli Jabar dan Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor mendekati penduduk di Tioman

KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) mempunyai kelebihan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang akan diadakan pada 7 Disember ini.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rata-rata orang Melayu berpandangan negatif terhadap kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Kata beliau PN Pahang menaruh keyakinan yang tinggi untuk memenangi kerusi terbabit biar pun Umno sebelum ini mempunyai kekuatan di kawasan berkenaan.

“Umno diakui ada kekuatan di sana tetapi sebahagian besar orang Melayu tidak boleh menerima parti itu boleh bersama DAP dan PH.

“Orang Melayu di Tioman sekarang sangat memahami perkembangan politik yang berlaku sekarang. Itu menjadi momentum untuk kita melebarkan kejayaan insyaAllah,” katanya ketika ditemui di majlis kesyukuran PAS Kubang Kerian di perkarangan Masjid Takwa di Bandar Satelit Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, semua jentera PAS telah digerakkan termasuk 17 wakil rakyat PN Pahang berkampung di Dun Tioman sehingga hari pengundian.

Malah katanya ceramah mega akan diadakan pada malam esok yang akan dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi PN Pahang, Dato’ Saifuddin Abdullah.

“Harapan di Tioman, saya lihat gerak kerja sangat bagus, tersusun dan Adun-Adun kita 17 orang semua turun untuk bekerja dan melaksanakan kempen dengan mendekati pengundi,” ujarnya.

Pada PRU15 PN menguasai 17 Dun di Pahang, manakala BN (16) dan PH (8). – HARAKAHDAILY 28/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tuntutan Dong Zong jika dipenuhi... & Melayu Tioman.

Dengarlah wahai pengundi-pengundi Tioman.. 

Gesaan berterusan Dong Zong supaya Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) diiktiraf kerajaan, adalah berisiko dan menjadi petanda buruk kepada masa depan pendidikan negara. 

Oleh itu, Umno yang diakui ada kekuatan di sana sepatutnya tidak boleh menerima gabungan  dengan DAP dan PH.

Undilaah PN atau PERIKATAN NASIONAL di Tioman!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails