Thursday, December 01, 2022

Baru 4 nasihat untuk Anwar. Tolak UEC, Speaker, federalisme, pening janji.

 

1. Kerajaan Anwar Perlu Tegas Tolak UEC, Haramkan Dong Zong – Profesor Madya Dr Amini Amir

KUALA LUMPUR, 01 Disember 2022 – “Kerajaan sekarang “has to say ‘NO’ to UEC” dengan tegas dan sekali gus mengharamkan Dong Zong. Kami semua NGO akan sokong sepenuhnya sebarang ketegasan Kerajaan mengenai inisiatif ini tanpa berdolak dalih,” ujar Pengerusi Kluster Pendidikan PEMBELA, Profesor Madya Dr. Amini Amir.

Beliau berpandangan demikian agar perkara ini segera berakhir, yakni anak-anak kita dapat belajar dan berkongsi akses kepada kemudahan pendidikan yang sama dan satu sekolah untuk semua.  

Menurut Naib Presiden Perkasa Malaysia itu, dengan keadaan sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negara yang uzur amat tidak wajar dana pendidikan disalurkan kepada institusi yang dengan jelas bertentangan dengan dasar pendidikan negara.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi QIAM turut percaya, Kerajaan Perpaduan yang baharu tidak akan melayani sebarang tuntutan institusi yang juga dengan jelas tidak mematuhi Akta Pendidikan 1996.

Bahkan, Kerajaan patut mengharamkan institusi yang menyanggah aspirasi nasional dan falsafah pendidikan kebangsaan serta Perlembagaan Persekutuan, tegasnya.

Agak janggal apabila Dong Zong dilihat opportunis dengan meminta Kerajaan yang baru dibentuk meluluskan UEC ketika jemaah Kabinet sendiri belum pun dilantik.

Maka, timbul persoalan, perlukah Kerajaan melayan kumpulan ini yang pernah dilabel ekstremis?

Dr Amini Amir yang juga Bendahari Agung, Majlis Dakwah Negara (MDN) turut menegaskan sekali lagi bahawa kumpulan ini perlu diharamkan kerana menimbulkan keresahan dan kegusaran awam.

“Bahkan, perjuangan mereka berkiblatkan Taiwan. Kenapa tidak gunakan buku teks yang ditulis oleh sarjana Malaysia?” soalnya.

Sebelum ini, Profesor Teo Kok Seong pernah memberi pandangan, menyentuh isu UEC yang sudah lama menghantui kita, bahawa sesama kita terdapat krisis kepercayaan kerana anak-anak kita sedari awal, di Tabika lagi contohnya sudah dipisahkan dengan dasar pendidikan perkauman.

Jelas Dr Amini Amir, perkara yang dibangkitkan ini amat wajar dan perlu disokong oleh semua pihak, anak-anak kita sepatutnya dididik dalam acuan dan kerangka aspirasi nasional, falsafah pendidikan kebangsaan serta Perlembagaan Persekutuan dan perkara inilah yang sepatutnya ditekankan dan dikuatkuasakan bukan dikesampingkan.


2. Usul lantik Speaker Parlimen antara penentu sokongan terhadap Anwar  


Usul untuk memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat, walaupun hanya isu kecil, namun ianya tidak boleh dipandang ringan kerana akan menjadi bukti sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaannya mendapat sokongan majoriti atau tidak.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebelum ini diumum sebagai PM kesepuluh setelah Yang di-Pertuan Agung percaya Anwar mungkin mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Bagaimanapun, kini keabsahan Anwar sebagai PM akan ditentukan menerusi sokongan yang diterimanya di Parlimen terhadap apa sahaja usul yang dibawa kerajaannya, setelah beliau sebelum ini gagal menunjukkan akuan berkanun (SD) ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya.

Keadaan sama pernah dialami Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi PM kelapan, apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan SD bagi membuktikan Pengerusi Perikatan Nasional itu hilang sokongan di Dewan Rakyat.

Pembuktian terhadap keabsahan sokongan diterima Anwar bakal bermula pada sidang Dewan Rakyat yang dijadual selama dua hari mulai 19 Disember depan.

Pada sidang itu, Anwar dijangka membawa dua usul awal iaitu:

i. Usul meminta Tan Sri Azhar Azizan Harun mengosongkan kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat; dan
ii. Usul memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat, di mana seorang individu akan dinamakan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut surat jemputan dihantar kepada Ahli Parlimen hari ini (1 Disember 2022), aturan mesyuarat pertama adalah pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ini kemudian diikuti sesi angkat sumpah oleh Ahli Parlimen yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan pemilihan Timbalan Speaker.

Usul memilih Speaker baharu Parlimen akan dibuat setelah usul pertama diluluskan. Pengundian bagi kedua-dua usul ini biasanya dijalankan secara belah bahagian.

Pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat lazim berlaku apabila kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan.

Anwar mungkin tidak membawa usul percaya terhadap dirinya sebagai PM, seperti dijanjikannya, jika kedua-dua usul berkenaan lulus walaupun dengan hanya satu undi menyokong.

Sekiranya kedua-dua usul itu diluluskan, sekali gus akan membuktikan Anwar sememangnya mendapat sokongan ahli Parlimen berhubung pelantikannya sebagai PM.

Ini juga akan dijadikan alasan oleh penyokongnya untuk membuktikan pemimpin mereka mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, dan Anwar tidak perlu lagi membawa usul percaya.

Tetapi jika dua usul itu tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen, ianya sekali gus menunjukkan bahawa Anwar dan kerajaannya tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan beliau perlu berundur.

Namun, sepanjang pentadbiran kerajaan baharu yang hanya bergantung kepada sokongan khusus daripada BN, Anwar bakal berdepan lebih banyak cabaran untuk membuktikan keabsahannya, termasuk ketika membentangkan Bajet 2023.

3. Kerajaan Anwar perlu amal konsep federalisme -Pas 

KOTA BHARU: Pas mahu Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan konsep federalisme dengan tidak meminggirkan negeri-negeri yang ditadbir oleh parti berkenaan.

Setiausaha Agungya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perbezaan ideologi politik tidak sepatutnya menjadi halangan atau sebab untuk Kerajaan Persekutuan tidak membantu negeri.

“Dari segi undang-undang, tiada tempoh masa bagi Perdana Menteri mengisi atau membentuk Kabinet. Cuma, Parlimen perlu bersidang dalam tempoh 120 hari selepas pilihan raya diadakan. Sudah tentu Kabinet perlu dibentuk dalam tempoh munasabah.

“Apapun, keutamaan perlu diberikan kepada pembangunan seluruh rakyat. Siapapun menjadi Kerajaan Persekutuan, pembangunan dan kebajikan peringkat negeri tidak boleh diketepikan,” katanya pada sidang media semasa Majlis Jamuan Kesyukuran Parlimen Kota Bharu di Dataran Masjid Muhammadi, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut menafikan wujudnya Kabinet bayangan PN sebaliknya gabungan parti tersebut akan berperanan sebagai sebuah blok pembangkang yang konstruktif.

Katanya, PN mempunyai seramai 73 ahli Parlimen yang akan diagih-agihkan peranan untuk melaksanakan pemantauan terhadap kementerian-kementerian dalam Kerajaan Persekutuan.

“Kita agih-agihkan peranan tersebut. Mungkin tiga ahli Parlimen akan memantau satu kementerian. Jadi, tiada istilah Kabinet atau kerajaan bayangan dan kita akan beri pandangan serta cadangan kepada kementerian-kementerian yang ada.

“Dengan pengalaman yang ada sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan sebelum ini, saya yakin PN mampu menjadi blok pembangkang yang efektif dalam Parlimen,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, jamuan kesyukuran itu tanda terima kasih kepada seluruh rakyat Kelantan yang memberi kemenangan kepada Pas dan PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Alhamdulillah, nampaknya rakyat di Kota Bharu memberikan mandat kepada saya sekali lagi sebagai ashli Parlimen di kawasan ini untuk penggal ketiga.

“Dalam ucapan, saya tekankan perkara paling penting bagi wakil rakyat yang dipilih adalah membawa mandat rakyat terutamanya isu-isu berkaitan pembangunan dan kebajikan,” katanya. –UTUSAN


4. Anwar masih pening nak bentuk kabinet... banyak sangat janji dengan orang untuk kukuh PH  


PUTRAJAYA - Pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan hampir pasti tidak berlaku dalam masa terdekat.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi pada Jumaat.

Setelah itu Anwar menghadiri program walkabout dan sesi beramah mesra di Pasar Tanjung Rambutan.

Beliau kemudiannya akan menunaikan solat Jumaat dan program Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, Ipoh selepas memenangi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula berangkat ke Pekan Pahang untuk solat Jumaat dan majlis pengurniaan bot serta sumbangan kepada asnaf.

Al-Sultan Abdullah turut dijadualkan berangkat ke luar negara pada Sabtu ini.

Sementara itu, agensi berita melaporkan Anwar memohon penangguhan untuk mengumumkan senarai kabinet kepada minggu hadapan berikutan memerlukan lebih banyak masa.

Ia menjadikan Anwar telah bekerja enam hari secara keseorangan tanpa kabinet selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 25 November lalu.

Bagaimanapun tempoh itu dilihat masih relevan bagi setiap pemimpin yang dilantik menjawat jawatan tersebut.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan lapan hari sebelum mengumumkan senarai kabinet masing-masing.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-lapan pada 10 Mei 2018 selepas Pakatan Harapan menumpaskan BN pada PRU14.

Muhyiddin pula mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020 selepas 22 bulan kerajaan Persekutuan diterajui Dr Mahathir berakhir.

Bagaimanapun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya memerlukan lima hari untuk mengumumkan senarai kabinet selepas beliau mengangkat sumpah pada 21 Ogos 2021.


Komen Weblog Ibnu HasyimBaru 4 nasihat untuk Anwar. Tolak UEC, Speaker, federalisme, & pening janji.

Usul untuk memilih Speaker Dewan Rakyat, walaupun isu kecil, tetapi akan menbuktikan sama ada Datuk Seri Anwar dan kerajaannya mendapat sokongan majoriti atau tidak. 

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Hanya kerana ego bodoh sombong Zahid dan Tok Mat dalam Umno, maka hilang peluang manfaat Muafakat Nasional (MN).

Dalam sejarah Umno, menang 26 kerusi parlimen, kosong kerusi di Melaka, Pulau Pinang, Perlis (termasuk Dun), Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah keputusan terburuk.

Berbeza dengan pencapaian Parti Bersatu dan Pas yang menang 73 kerusi, dan kini Pas adalah parti terbesar dalam negara daripada segi jumlah kerusi, diikuti Parti DAP. Kelompok berikutinya diduduki Bersatu, PKR, Umno dan GPS.

Ada orang kata betullah dia punya tema ‘Kita Boleh!’... (Rupanya) Semua boleh, yang halal pun boleh, yang haram pun boleh, LGBT boleh, montot boleh, gay boleh, lisbo boleh, syiah boleh, liberal boleh, pluralist COMANGO boleh yang menipu pun boleh, penyangak pencuri semua dah boleh.!!

Dalam ucapan Bang Non, Rafizi Formula, Mat Sabun, Lim Kit Siang, Nga Khoo Meng Hew Superman ,Nurul dll bukan main terkinja terpekik terlolong menentang rasuah, penyamun pencuri menentang perompak, menentang lanun.

Bila tubuh kerajaan, panggil yang jenis-jenis species haramjadah ini untuk cukupkan jumlah. Yg paling malang Walaun Bang Non masih seronok terkinja kinja kena bodo bangang..!!

Zahid yang bermasalah akar umbi UMNO yang kena tadah punggung pada Bang Min dan Pakatan Harapan..

NO ANWAR NO DAP ada baiknya PN jadi pembangkang memenuhi prinsip, tidak seperti UMNO menolak cadangan Mufakat Nasional..!!

Pendirian PN akan memberi kesan baik untuk jangkapanjang bagi orang Melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails