Wednesday, November 02, 2022

Shahidan, peluang cerah.. PN utama kebajikan.

 


1. Kehadiran Shahidan beri peluang cerah PN di Arau

KANGAR: PERIKATAN NASIONAL (PN) Pusat yang akan menentukan sama ada
Dato’ Seri Shahidan Kassim diberi ruang bertanding mewakili PN pada
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, peluang masih terbuka untuk Shahidan bertanding mewakili PN selepas digugurkan sebagai calon BN Parlimen Arau.

Katanya, langkah tersebut akan menjadi jambatan ke arah penyatuan ummah yang PAS usahakan selama ini.

“Kita PN peringkat negeri tiada masalah untuk memberi laluan sekiranya PAS Pusat dan PN Pusat tidak menjadi halangan, kita pun akan terima.

“Kita tidak dapat membuat sebarang keputusan, hanya memaklumkan PN negeri memberi laluan kepada Dato’ Seri Shahidan bertanding di kerusi tersebut,” katanya di sini hari ini.

Shahidan digugurkan daripada mempertahankan keusi parlimen Arau yang diwakili sejak empat penggal. Malah pada pengumuman calon PN malam tadi nama calon PN bagi parlimen Arau belum diumumkan.

Parlimen Arau diberi peluang kepada PAS bersama kerusi parlimen Pandang Besar yang akan diwakili Rusydan Rusmi, manakala calon dari Bersatu Zakri Hassan akan bertanding di parlimen Kangar.

Shahidan lebih 30 tahun terbabit dalam politik dan menguasai Parlimen Arau bermula dari PRU 1986, PRU 1990, 2013 dan 2018. Beliau juga pernah dilantik Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Beliau tidak pernah tewas termasuk ketika berhadapan dengan Allahyarham Dato’ Dr Haron Din dan Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin pada 2004 di DUN Tambun Tulang, 2013 (Parlimen Arau) dan 2018 (Arau).

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata, kehadiran Shahidan bersama PN akan memberi kelebihan kerana pengaruhnya yang begitu besar di Arau dan Perlis.

“Penyertaan Shahidan bersama PN di Parlimen Arau akan membuka lebih peluang lebih cerah untuk memang di kawasan berkenaan,” katanya yang akan mempertahankan Dun Sanglang.

Menurutnya juga usaha ke arah penyatuan ummah akan digerak berterusan dan bukan sekadar ketika menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU). – HARAKAHDAILY 2/11/2022


2. PERIKATAN NASIONAL terbukti utamakan kebajikan rakyat 

Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Perikatan Nasional, di Mitec, Kuala Lumpur pada 1 Niv 2022. (FOTO: HARAKAHDAILY/MUHAMMAD ZHARIF ZULKIFLEE)

KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL terbukti mengutamakan kebajikan rakyat, khususnya ketika negara menghadapi pandemik Covid-19, selain berjaya mengatasi tekanan ekonomi ketika itu.

Presiden PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehubungan itu menyeru rakyat menyokong kerajaan PERIKATAN NASIONAL pada Pilihan raya ke-15 (PRU15) menjelang 19 November ini.

“Kerajaan yang hendak dibentuk menerusi sokongan rakyat dan undi pastinya kerajaan yang prihatin serta dapat memikul satu tugas beban yang besar, iaitu tugas memulihkan kehidupan rakyat sepertimana dahulu. 

“Persoalannya, siapakah antara parti yang akan bertanding mampu untuk memikul amanah itu? Jawapannya berdasarkan pengalaman kita pada masa lepas, tidak lain dan tidak bukan, PERIKATAN NASIONAL,” tegasnya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengumuman Calon PERIKATAN NASIONAL, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, malam ini.

Menurut Muhyiddin, kerajaan PERIKATAN NASIONAL bukan sahaja berjaya membuktikan kejayaan mereka melalui perkataan semata-mata, namun melalui tindakan yang cukup berkesan. 

Beliau faham situasi pasca pandemik Covid-19 kini belum pulih sepenuhnya seperti sediakala sebelum wabak itu melanda dunia dan negara. 

“Bukan masuk bakul angkat sendiri, tetapi dibuktikan dengan tindakan cukup berkesan untuk membantu membina rakyat jelata walaupun dalam situasi yang sukar. 

“Situasi sekarang belum lagi dikatakan situasi lebih baik, maknanya pilihan raya yang kita hadapi ini adalah pilihan raya untuk menentukan masa depan negara kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Shahidan, peluang cerah.. PN utama kebajikan.

".. kerajaan PERIKATAN NASIONAL bukan sahaja berjaya membuktikan kejayaan mereka melalui perkataan semata-mata, namun melalui tindakan yang cukup berkesan." -TS Muhyiddin.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Salut kepada Sahidan yg sudi menentang klepto & maoist,
salut juga pada Kazim yg tak mahu jadi "wali" yg diangkat wak pornorogo dimana para wali pilihan wak pornorogo disyaratkan tunduk patuh konon pada parti akan tetapi parti yg dimaksukan adalah tidak lain dan tidak bukan adalah wak pornorogo yg merupakan "wali gedhe" atau wali agung atau bergelar pendeta agung mangkubumi solapan khazanahnegara.

Anonymous said...

PAS dan BERSATU ni parti yg betul2 bergantung kpd kelebihan pemimpin umno ke?

Anonymous said...

Tinggal yg korup dlm umno. Jom kita clearkan rasuah. Pilih pn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails